kompeni | 1 badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan: Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2 pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompeni | 1. bp syarikat perniagaan: beberapa buah ~ telah mengurangkan kakitangannya kerana perniagaan makin merosot; 2. pertubuhan atau persatuan perniagaan Inggeris (Syarikat Hindia Timur Inggeris) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) yg ditubuhkan pd permulaan abad ke-17; 3. bp kerajaan, pemerintah; harta (tanah) ~ harta (tanah) milik kerajaan; jalan ~ jalan yg dibina oleh kerajaan; 4. Id askar (terutama askar Belanda atau askar Syarikat Hindia Timur Belanda); 5. pasukan tentera yg merupakan sebahagian drpd batalion, terdiri drpd lebih kurang 100 orang anggota dan biasanya dibahagikan kpd tiga platun: askar dr ~ C batalion kedua. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompeni | 1. badan perniagaan yg dimiliki oleh beberapa orang; syarikat perniagaan:Banyak kakitangan dr ~ itu yg telah dihentikan kerja kerana perniagaan makin merosot. 2. pertubuhan pedagang Inggeris (Syarikat Hindia Timur) dan Belanda (Syarikat Hindia Timur Belanda) pd zaman dahulu. | Kamus Pelajar |
tanah kompeni | tanah kerajaan di Negeri-Negeri Selat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk kompeni | Id menjadi askar; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jalan kompeni | jalan yg dibina oleh kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
harta (tanah) kompeni | harta (tanah) milik kerajaan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
anjiman | sl kapal kompeni Inggeris yg belayar ke Asia Timur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
batalion | 1. unit tentera yg terdiri drpd tiga kompeni atau lebih: pd tahun 1937, hanya ada lima ~ tentera di Tanah Melayu; 2. bp (sesuatu) kumpulan yg ramai: dia membawa satu ~ kawannya ke rumah pd hari raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanah partikelir | Id tanah milik tuan tanah (yg dibeli dr kompeni Belanda); | Kamus Dewan Edisi Keempat |