kompleks | (kompléks) 1. rumit, sulit (tidak mudah atau jelas), mengandungi berbagai-bagai unsur (ciri dsb) atau perkara: masalah yg dihadapi tidak ~ dan akan dapat diatasi; masyarakat moden dgn cara hidup yg ~; masyarakat Malaysia memang ~ sifatnya dgn berbagai-bagai kaum dan suku bangsa, adat resam, bahasa, dan sebagainya; 2. kumpulan butir atau unsur atau gabungan pelbagai bahagian yg menciptakan (mewujudkan) sesuatu yg sempurna atau lengkap; 3. kumpulan bangunan atau binaan yg terdiri drpd beberapa binaan dsb yg bercantum menjadi suatu keseluruhan: ~ membeli-belah; rancangan membina sebuah ~ sukan di Ayer Keroh, Melaka; K~ Jemaah Haji di Kelana Jaya; 4. (Psi) perasaan (spt perasaan megah, rendah diri, dll) yg mempengaruhi sikap, perangai, keperibadian, dll seseorang: setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ dan ‘aku wartawan’; 5. (Kim) sebatian yg satu molekulnya terangkai pd molekul lain melalui ikatan koordinat; ~ rasa bersalah (Psi) keadaan fikiran seseorang yg dihantui perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan; ~ rendah diri (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; ~ tinggi diri (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; kekompleksan sifat atau keadaan kompleks: ayat-ayat yg diterbitkan mempunyai ~ yg tinggi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks | /kompléks/ 1. tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2. terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3. sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan:~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. | Kamus Pelajar |
reduksionisme | (réduksionisme) 1. mencerakin data yg kompleks menjadi juzuk yg kurang kompleks; 2. teori yg menyatakan bahawa idea, sistem, dll yg kompleks boleh difahami melalui bahagian atau komponennya yg kurang kompleks. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks II | /kompléks/ ist keadaan fikiran seseorang yg dipengaruhi perasaan megah, rendah diri dll yg menyebabkan sikap, perangai atau keperibadian seseorang menjadi tidak wajar: Setelah mencapai kejayaan, timbullah ~ ‘aku pengarang’ atau ‘aku wartawan’. ~ rasa bersalah keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. ~ rendah diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. ~ tinggi diri keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompleks I | /kompléks/ 1 tidak mudah; tidak sederhana; rumit; sukar: sistem yg ~. 2 terdiri drpd komponen atau bahagian yg berhubungan. 3 sesuatu yg terdiri drpd bahagian-bahagian lain yg serupa atau yg berhubungan: ~ membeli-belah bangunan yg terdiri drpd beberapa banyak kedai tempat orang ramai membeli-belah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompleks tinggi diri | keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung utk bersikap sombong atau angkuh. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompleks rendah diri | keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang berasa dirinya kurang penting, tidak bijak dsb hingga boleh mendorong dia menyisihkan diri atau melakukan sesuatu yg tidak wajar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompleks rasa bersalah | keadaan fikiran seseorang yg diganggu perasaan bersalah kerana telah terlanjur melakukan sesuatu kesalahan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kompleks tinggi diri | (Psi) keadaan fikiran yg memperlihatkan sikap seseorang yg berasa seolah-olah dirinya lebih hebat, lebih penting, lebih bijak dsb drpd orang lain dan cenderung bersikap sombong diri atau angkuh; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kompleks rendah diri | (Psi) keadaan fikiran yg menyebabkan seseorang merasai dirinya kurang penting, kurang dikagumi, tidak bijak dsb sehingga boleh mendorong ia bersikap agresif atau menyisihkan diri; | Kamus Dewan Edisi Keempat |