komposisi | campuran atau gabungan bahan utk membentuk sesuatu bahan lain: ~ bahan itu ditunjukkan dgn formula. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komposisi | 1. gubahan, ciptaan, karangan: novel yg baik ~nya tidak membosankan; 2. teknik (cara) menyusun dan menjalin sesuatu karangan atau ciptaan hingga menjadi hasil karya sastera atau seni yg sempurna; 3. bahagian-bahagian yg terjalin menjadi sesuatu yg lengkap, bahagian-bahagian drpd sesuatu kesatuan, jalinan bahagian-bahagian pd sesuatu keseluruhan: Kota Kinabalu juga menjadi bandar yg seimbang ~ penduduknya antara penduduk peribumi dan bukan peribumi; mengomposisikan menggubah, mencipta, mengarang: akan kukomposisikan sebuah lagu dan kunyanyikan sepanjang hidupku. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komposisi | campuran atau gabungan bahan utk membentuk sesuatu bahan lain:~ bahan-bahan itu ditunjukkan dgn formula. | Kamus Pelajar |
genotip | (génotip) (Bio) 1. komposisi ciri genetik yg menentukan struktur dan fungsi sesuatu organisma; 2. kumpulan organisma yg mempunyai komposisi genetik yg sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kimia | ilmu sains asas yg berkaitan dgn struktur, kelakuan, komposisi dan sifat tindak balas yg berlaku antara atom, ion, unsur, atau sebatian serta hukum-hukum yg menerangkan fenomena kimia; ~ analisis cabang kimia yg berkaitan dgn pengenalpastian bahan (analisis kualitatif) dan penentuan peratus komposisi campuran atau juzuk sebatian tulen (analisis kuantitatif) dgn menggunakan kaedah spt volumetri, kolorimetri, kromatografi, spektroskopi, dll; ~ fizik = ~ fizikal cabang kimia yg berkaitan dgn sifat dan perubahan fizik yg berlaku semasa tindak balas kimia; ~ gunaan cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan teknologi kimia utk memberi faedah secara langsung kpd industri atau utk kebajikan manusia; ~ haba cabang kimia yg menyelidiki banyaknya haba yg dikeluarkan atau diserap selama tindak balas kimia, termokimia; ~ hayat cabang kimia yg mengkaji proses dan bahan kimia yg ada kaitannya dgn kehidupan tumbuhan dan haiwan, biokimia; ~ nuklear cabang kimia yg berkaitan dgn perubahan di dlm nukleus atom; ~ organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg mengandungi karbon (kecuali karbida logam, oksida karbon, dan sulfida karbon); ~ perindustrian cabang kimia yg berkaitan dgn penggunaan proses kimia dlm industri; ~ tak organik cabang kimia yg mengkaji bahan yg tidak mengandungi karbon; ahli ~ orang yg ahli dlm bidang kimia; baja ~ baja yg diperbuat dgn cara kimia; gabungan ~ percantuman bahan-bahan kimia menerusi proses kimia (perpaduan kimia); unsur ~ bahan yg tidak dapat dipecah-pecahkan menjadi bahan yg lebih ringkas (sederhana) dgn cara kimia. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum komposisi tetap | (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hukum perkadaran tentu | = ~ komposisi tetap (Kim) hukum yg menyatakan bahawa sesuatu sebatian kimia sentiasa mengandungi unsur-unsur yg sama mengikut perkadaran jisim yg sama tanpa mengira cara sebatian itu disediakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hidrogeokimia | (hidrogéokimia) (Geo) kajian tentang komposisi kimia air semula jadi, yg mencakupi perubahannya dan sebab-sebab berlakunya perubahan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geokimia | (géokimia) sains yg mengkaji komposisi kerak bumi dan perubahan kimia yg dialaminya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
formula | 1. (Kim) seperangkat simbol yg terdiri drpd huruf, atau huruf dan angka yg menunjukkan komposisi unsur sesuatu bahan, mis formula utk karbon monoksida ialah CO, dan ammonia ialah NH3, rumus; 2. (Mat) aturan, prinsip, hubungan dsb matematik yg dinyatakan dlm bentuk simbol, rumus; 3. kaedah (cara, tindakan, rancangan dsb) utk mencapai sesuatu hasil (kejayaan dsb) atau menyelesaikan sesuatu masalah dsb dgn sebaik-baiknya: negara-negara anggota berbincang utk mencari ~ paling mujarab utk menyelesaikan masalah ekonomi yg sedang mencengkam dunia; saya tidak ada ~ tertentu utk mencapai matlamat ini; 4. senarai bahan, arahan dsb dlm menghasilkan sesuatu ubat dsb; 5. pengelasan atau perlumbaan kereta lumba berdasarkan kapasiti enjin, saiz enjin dsb: F~ Satu; F~ Tiga; F~ 2000;~ am (Kim) formula yg melambangkan kumpulan sebatian organik secara umum, dgn menggunakan lambang sbg ganti bilangan atom (mis alkana dilambangkan sbg CnH2n+2); ~ empirik = ~ empiris (Kim) formula paling ringkas utk menyatakan bilangan relatif atom yg bergabung dlm satu molekul sebatian berdasarkan berat komposisi sebatian tersebut (mis CH bagi asetilena dan benzena); ~ kimia (Kim) perlambangan utk menyatakan binaan molekul atau perkaitan kimia dgn menggunakan simbol-simbol; ~ molekul (Kim) formula yg menunjukkan bilangan sebenar atom dan jenis-jenis atom yg terdapat dlm sesuatu molekul (mis C6H6 bagi benzena dan C2H5OH bagi etanol); F~ Satu perlumbaan kereta profesional bertaraf dunia yg sangat berprestij; ~ struktur (Kim) formula yg menyatakan bilangan sebenar, jenis, dan susunan atom-atom dlm sesuatu molekul sebatian; berformulakan berdasarkan atau mempunyai sesuatu sbg formula: penyelesaian sesuatu masalah mestilah ~ sikap tolak ansur dan hormat-menghormati antara pihak yg terlibat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |