komprehensif | /kompréhénsif/ luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dlmnya: Sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan. laporan yg ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komprehensif | (kompréhénsif) luas liputannya dan lengkap atau banyak butiran dll yg terkandung di dalamnya, tuntas: sebuah kamus yg ~ sangat diperlukan; menyediakan laporan-laporan yg ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tuntas | 1. tidak mengalir lagi (kerana sudah habis dicurahkan), habis (air mata); 2. meliputi (hampir segala-galanya), menyeluruh, sempurna, komprehensif: saya sarankan supaya dilakukan analisis kontrastif bahasa Melayu-bahasa Inggeris yg bersifat ~; penyelesaian yg ~; secara ~ secara menyeluruh (tidak menyentuh aspek-aspek tertentu sahaja); 3. singkat dan tegas; menuntaskan 1. mencurahkan semua (habis-habisan), menghabiskan; 2. menyelesaikan semuanya atau segala-galanya; ketuntasan perihal (keadaan, sifat) tuntas; ketidaktuntasan keadaan yg tidak tuntas. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
panorama | 1. pemandangan yg luas terbentang dan tidak terhalang atau terganggu: mata temannya merenungi ~ pergunungan Lompo Battang; 2. tinjauan yg menyeluruh atau komprehensif terhadap sesuatu perkara (keadaan, situasi dsb): ~ sejarah bahasa Arab selama 2000 tahun; 3. gambaran yg luas tentang suatu siri peristiwa yg sentiasa berubahubah: ~ perubahan manusia sejak beribu-ribu tahun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |