bas II | ist laluan elektronik yg membolehkan data komputer atau isyarat digital dipindahkan, sama ada dr komputer ke komputer, dr komputer ke peranti atau dr peranti ke komputer dgn menggunakan kabel khusus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
pelayan | 1 orang yg kerjanya melayan. 2 ist alat atau program komputer yg membekalkan data dan maklumat kpd komputer-komputer lain yg mempunyai hubungan rangkaian dgnnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
memprogramkan | 1. mengatur (menyusun) program atau rancangan, merancang; 2. memasukkan program ke dlm komputer: ~ komputer; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komputer | alat elektronik yg menyimpan, menganalisis dan mengeluarkan maklumat sebagaimana yg dikehendaki atau yg diarahkan. ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit. ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba. ~ generasi kedua ist komputer yg menggunakan teknologi transistor. ~ hos komputer yg disambungkan pd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain. ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja. ~ peribadi komputer yg direka utk kegunaan seseorang individu, yg biasa digunakan di pejabat, rumah dan sekolah; PC. ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku. ~ serba guna ist komputer yg boleh mengendalikan pelbagai atur cara atau perisian komputer. ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan. mengkomputerkan menyimpan atau memproses maklumat dgn menggunakan komputer. pengkomputeran proses dsb mengkomputerkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komputer | alat elektronik yg menyimpan maklumat pd cakera atau pita bermagnet, menganalisisnya dan mengeluarkan maklumat selanjutnya apabila diperlukan; ~ bimbit komputer yg unit pemprosesan pusat, pemacu cakera dan skrinnya disepadukan dlm bentuk beg bimbit; ~ buku komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer riba; ~ hos komputer yg disambungkan kpd suatu rangkaian dan berperanan menyediakan kemudahan kpd komputer lain; ~ meja komputer yg sesuai diletakkan dan digunakan di meja; ~ peribadi komputer kecil yg dapat digunakan secara bebas atau tersendiri oleh seseorang individu; ~ riba komputer bimbit yg saiznya lebih besar drpd komputer buku; ~ telapak komputer bimbit yg saiznya lebih kecil drpd komputer buku, lebih kurang sebesar telapak tangan; berkomputer yg menggunakan (atau dibina, disediakan, dilaksanakan, dsb dgn) komputer: bank data ~; penterjemahan ~; mengkomputerkan 1. menggunakan atau melengkapkan dgn komputer (utk melaksanakan sesuatu kerja): ~ pejabat; 2. memproses atau menyimpan maklumat dsb dgn menggunakan komputer: data itu telah dikomputerkan; pengkomputeran perihal (kerja, proses, dsb) mengkomputerkan (maklumat dsb), penggunaan alat atau sistem komputer utk pelaksanaan sesuatu atau dlm pengurusan sesuatu, komputerisasi; ~ agensi-agensi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sistem papan kenyataan(bulletin board system) | Kemudahan dalam sistem rangkaian komputer yang membolehkan pengguna komputer menghubungi komputer tertentu untuk meninggalkan pesanan atau fail di dalam ruang ingatan sepunya yang boleh dilihat dan diambil oleh orang lain. | Kamus Komputer |
celik komputer | pandai atau tahu menggunakan komputer. kecelikan komputer keadaan atau sifat tahu (pandai) menggunakan komputer. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
stesen kerja(workstation) | Perkakasan komputer yang direka bentuk untuk digunakan oleh seorang pengguna pada satu-satu masa. Stesen ini mungkin berbentuk terminal komputer yang disambungkan pada komputer pelayan, atau komputer tersendiri yang mempunyai kemampuan pemprosesannya sendiri. | Kamus Komputer |
tak bersandar komputer(computer-independent) | Sifat perkakasan atau perisian komputer yang tidak bergantung pada jenama komputer tertentu dan boleh digunakan dengan mana-mana komputer. | Kamus Komputer |
suhu sekitar(ambient temperature) | Suhu di sekeliling sistem komputer. Biasanya suhu persekitaran yang sesuai bagi komputer dinyatakan oleh pembuat komputer. | Kamus Komputer |