sampukan komunikasi(communication interrupt) | 1. Sampukan yang dikeluarkan oleh pengawal komunikasi kepada pemproses untuk meminta peluang bagi menjalankan fungsi komunikasi. 2. Komunikasi yang tergendala sewaktu proses komunikasi sedang berlangsung. | Kamus Komputer |
media | (média) alat atau perantara komunikasi (perhubungan), spt radio, televisyen dan akhbar; ~ am pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; ~ cetak alat atau saluran komunikasi yg berupa bahan cetakan atau terbitan (spt surat khabar, majalah, dll); ~ elektronik alat atau saluran komunikasi yg berupa atau yg menggunakan alat-alat elektron moden (spt radio, televisyen, dll); ~ massa pelbagai jenis alat komunikasi (spt televisyen, radio, surat khabar, majalah, dsb) yg dapat menyampaikan maklumat (berita dsb) kpd orang ramai dgn cepat (dlm masa yg singkat), sebaran am. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi massa | komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
data kom(data comm) | Singkatan bagi komunikasi data. Lihat komunikasi data. | Kamus Komputer |
media am | pelbagai jenis saluran atau perantara komunikasi, alat atau saluran komunikasi amnya atau keseluruhannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi | perhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~ massa komunikasi atau perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan (secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan (bercakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll): bahasa ialah alat utk ~ dan alat utk berfikir dan melahirkan buah fikiran; mengkomunikasikan menyebarkan atau menyampaikan maklumat (berita, dll) melalui saluran komunikasi: muzium di Amerika Syarikat menghubungi sekolah utk ~ pengajaran yg diberikan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunikasi perintah(command communication) | Proses penghantaran perintah antara pengawal proses dengan proses. | Kamus Komputer |
komunikasi data(data communication) | 1. Sistem dan kaedah penghantaran dan penerimaan maklumat terkod antara sistem komputer dengan persisiannya dengan menggunakan kaedah elektronik atau optik. 2. Bidang ilmu yang berkaitan dengan penghantaran dan penerimaan maklumat terkod di antara peranti | Kamus Komputer |
komunikasi(communication) | 1. Pengaliran maklumat dari sumber pengeluar maklumat ke sumber penerima maklumat. 2. Proses interaksi untuk menyalurkan maklumat dengan menggunakan satu bahasa. | Kamus Komputer |
perisian komunikasi(communication software) | Perisian komputer yang dikarang untuk menguruskan komunikasi di antara komputer dengan komputer atau dengan peranti lain. | Kamus Komputer |