menumpaskan | membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-askar itu dpt ~ komunis-komunis di kawasan sempadan. | Kamus Pelajar |
tumpas | menumpaskan membinasakan sama sekali; memusnahkan: Askar-askar itu dpt ~ komunis-komunis di kawasan sempadan. ketumpasan hal tumpas. | Kamus Pelajar |
bersubahat | 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
subahat | 1. syak, ragu-ragu, keragu-raguan; ~ hati syak hati; 2. orang yg bekerjasama dgn musuh dll, kolaborator; bersubahat 1. menaruh syak wasangka (buruk sangka), ragu-ragu, sangsi; 2. bekerjasama dgn musuh dll: pejuang-pejuang kebangsaan Korea bersama-sama dgn komunis-komunis Jepun telah ~ hendak mendirikan satu kerajaan pemberontakan; persubahatan perbuatan bersubahat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tegas | 1. jelas serta terang (kelihatan dll), nyata: dgn suara ~ dan jelas ia berkata; 2. tidak ragu-ragu atau samar-samar, tentu, tepat: hukuman yg ~ mestilah segera dijalankan; 3. kata atau ujar (yg tidak ragu-ragu, tentu, tepat, dll): “Kerajaan akan melancarkan gerakan tentera utk menghalau komunis-komunis keluar dr Danang,” ~ beliau; 4. = ~nya maksudnya, ertinya, jelasnya: ~nya perkara itu belum lagi dapat diselesaikan;bertegas mengatakan sesuatu dgn bersungguh-sungguh (beria-ia): raja ~ bahawa pihaknya boleh membuat undang-undang;menegas ark meminta penjelasan (keterangan); menegaskan 1. menerangkan, menjelaskan: di dlm bahagian berikut akan ditegaskan mustahaknya mengajar ‘nombor asas’ dlm kira-kira campur, tolak, darab dan bahagi; 2. mengatakan (menyatakan) dgn tegas: aku ~ buat kesekian kalinya bahawa aku tidak pernah beruntung; 3. memberi ketentuan, memastikan, membenarkan: kedudukan yg sebenar mengenai perkara itu belum dapat ditegaskan oleh pihak yg berkuasa;ketegasan 1. perihal tegas, kejelasan, ketetap-an: dia mengambil suatu ~; 2. apa yg ditegaskan, keterangan: ia terdiam mendengar ~ Wan Derus; pertegasan 1. pembatasan erti, definisi, takrif; 2. penentuan, pemastian; penegasan penjelasan (yg tidak perlu diragui), penentuan, penerangan (yg nyata): berilah ~ kpd aku sama ada engkau hendak pindah dr sini atau tidak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
politburo | (Pol) badan penggubal dasar tertinggi di kebanyakan negara komunis atau dlm parti komunis. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunis | orang yg mengikut dan mengamalkan faham komunisme; pengikut atau penganut faham komunisme. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komunis | orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham komunisme: mereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin utk memperlengkapkan diri menjadi ~; parti ~; blok ~ kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; faham ~ komunisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunis | orang yg mengikut dan mengamalkan faham komunisme; pengikut atau penganut faham komunisme. | Kamus Pelajar |
aliran komunis | pendapat atau pemikiran komunis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |