komunis | orang (golongan) yg menganut atau mengamalkan faham komunisme: mereka mempelajari ajaran Marx dan Lenin utk memperlengkapkan diri menjadi ~; parti ~; blok ~ kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; faham ~ komunisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunisme | faham politik yg hendak menjadikan semua harta dan barang pengguna sbg hak milik negara atau kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komunisme | fahaman politik yg (hendak) menjadikan faktor pengeluaran dan barangbarang pengguna milik negara atau milik bersama rakyat: ~ diamalkan dgn luasnya sbg falsafah hidup di negeri China dan beberapa negeri Eropah Timur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
komunisme | faham politik yg hendak menjadikan semua harta dan barang-barang pengguna hak milik negara atau hak milik rakyat. | Kamus Pelajar |
komunis | orang yg mengikut dan mengamalkan faham komunisme; pengikut atau penganut faham komunisme. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
komunis | orang yg mengikut dan mengamalkan faham komunisme; pengikut atau penganut faham komunisme. | Kamus Pelajar |
faham komunis | komunisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
blok komunis | kumpulan beberapa buah negara yg menganut dan mengamalkan komunisme; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
-isme | akhiran asing kepercayaan, gerakan politik, atau keagamaan, dan juga sikap serta perlakuan, mis radikalisme dan komunisme. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyerapi | 2 masuk ke dlm sesuatu (bkn fahaman dsb): Pertubuhan itu diserapi fahaman komunisme. | Kamus Pelajar |