konsep | (konsép) 1. pengertian am atau idea yg mendasari sesuatu: ~ demokrasi tidak bererti kebebasan yg tidak terbatas; 2. rancangan (rencana, surat, dll), draf (surat dll), rang: ~ surat; berkonsepkan mempunyai sesuatu sbg konsep: rumah saya ~ seni bina timur dan barat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
konsep | /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konsep | /konsép/ pendapat yg terbentuk dlm fikiran mengenai sesuatu; gagasan; tanggapan: ~ hidup mereka yg tidak mementingkan harta benda mesti diubah supaya kemajuan dpt dicapai. | Kamus Pelajar |
konseptual | (konséptual) berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terminografi | proses merakamkan data ten-tang istilah yg merangkumi konsep, sistem konsep, maklumat linguistik, sumber istilah dan kemungkinan pertambahan atribut pd masa akan datang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ideogram | (idéogram) 1. tanda atau lambang yg memperlihatkan konsep, idea, dsb; 2. lambang yg digunakan dlm sistem tulisan yg mewakili satu konsep spt dlm tulisan Cina dan Jepun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pembabakan | perihal (perbuatan dsb) membabakkan (kisah, peristiwa, dsb dlm drama dll): apabila disebut konsep ~, dgn sendirinya juga minta dibincangkan konsep adegan dan drama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengaturcaraan berorientasi objek(object-oriented programming) | Kaedah pengaturcaraan komputer yang berdasarkan pengolahan objek. Dalam kaedah ini konsep `data` dan `tatacara` dalam kaedah pengaturcaraan biasa digantikan dengan konsep `objek` dan `mesej`. Objek merupakan bungkusan maklumat dan keterangan bagaimana mengolahnya manakala mesej ialah penentuan bagi perolahan salah satu objek. | Kamus Komputer |
warisan(inheritance) | 1. Pesanan dalam pengaturcaraan tertuju objek yang dihulur ke objek pada aras atas sehingga objek yang dikehendaki memerangkap pesanan tersebut. 2. Sifat objek atau konsep yang lebih tinggi yang diwarisi oleh objek atau konsep rendah di bawah satu struktur berhierarki. | Kamus Komputer |
meminjam | 1. menggunakan barang (buku, wang dll) orang lain utk sementara waktu, minta pinjam: kedatangannya pd saat itu adalah kerana hendak ~ sedikit wang; 2. mengambil dan menggunakan (perkataan, konsep dll) yg dipetik dsb drpd sesuatu sumber: penasihat UNESCO itu ~ konsep Majlis Penyeliaan ini dr agensi berita Perancis AFP; | Kamus Dewan Edisi Keempat |