kontena | (konténa) bekas berupa peti besar drpd logam atau kayu yg digunakan utk memuatkan barang supaya mudah diangkut dgn kapal, lori dsb; mengkontenakan menghantar kargo atau barang dgn memasukkannya ke dlm kontena; pengkontenaan perihal (proses atau perbuatan) mengkontenakan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal kontena | kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkontenakan | menghantar kargo atau barang dgn memasukkannya ke dlm kontena; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bunker | 1. kubu pertahanan di bawah tanah, biasanya dibina drpd konkrit dan keluli; 2. kontena besar utk menyimpan bahan api: ~ arang batu; 3. (dlm permainan golf) kawasan berpasir di padang golf yg dijadikan halangan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pemaliman | operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
malim | 1. guru agama (Islam), orang yg alim, ulama; 2. petunjuk jalan, pemimpin; 3. = ~ angin = ~ kapal jurumudi; 4. pawang; pemaliman operasi (khidmat, tugas dsb) mengemudikan kapal masuk ke pelabuhan atau keluar dr pelabuhan yg dilakukan oleh malim: pengendalian pelabuhan itu meliputi perkhidmatan kargo, kontena dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kapal I | bahtera atau perahu besar yg ada geladak (biasanya digerakkan oleh jentera); ~ angkasa sj pesawat atau kenderaan (yg dilengkapi pelbagai alat) yg boleh bergerak di angkasa (biasanya utk tujuan penyelidikan atau penjelajahan); ~ api = ~ asap kapal yg dijalankan dgn tenaga wap (asap); ~ belangkas kapal yg dijalankan dgn roda di buritannya; ~ calu kapal yg belayar ulang-alik dgn tetap; ~ capung Id kapal terbang kecil (utk latihan dll); ~ dagang (niaga) kapal utk mengangkut barang-barang dagangan; ~ haji kapal utk membawa jemaah haji; ~ induk kapal perang yg membawa kapal terbang; ~ korek a) = ~ keruk kapal yg mengorek tanah (utk mendalamkan kuala sungai dll); b) jentera yg berupa kapal utk mengorek tanah yg mengandungi bijih; ~ kontena kapal yg berfungsi khusus utk mengangkut kargo yg dimuatkan di dlm kontena; ~ layar kapal yg bergerak dgn menggunakan layar; ~ mel Id kapal yg membawa surat pos dll; ~ mualim Id = ~ pandu kapal yg memandu kapal-kapal lain masuk (keluar) pelabuhan; ~ pemair = ~ pemayar Id sj kapal penjelajah atau peronda; ~ pembinasa kapal perang yg dipersenjatai dgn pelbagai senjata (spt meriam, torpedo, dsb) utk melindungi kapal-kapal lain drpd serangan; ~ pemburu kapal perang kecil yg laju; ~ pemecah ais sj kapal yg digunakan utk memecahkan ais di kawasan perairan yg sejuk utk memudahkan pelayaran; ~ pendarat kapal utk mendaratkan tentera; ~ penempur kapal perang yg besar; ~ pengangkut kapal utk mengangkut tentera dll; ~ pengantar = ~ pengiring = ~ pengawal kapal perang yg menghantar (mengiringi) kapal yg belayar berderet-deret; ~ penjelajah kapal yg agak besar dan laju; ~ penumpang kapal yg mengangkut penumpang; ~ penyapu periuk api kapal utk memusnahkan periuk api; ~ penyusur kapal yg belayar menyusur pantai; ~ perang kapal utk berperang; ~ peronda kapal yg meronda utk menjaga keamanan; ~ roda lambung kapal yg dijalankan dgn roda yg dipasang di bahagian lambung (belakang) kapal; ~ selam kapal yg dapat belayar di bawah permukaan air; ~ stim (wap) kapal yg digerakkan oleh stim; ~ tangki kapal besar utk mengangkut cecair terutamanya minyak; ~ terbang a) kenderaan berjentera yg boleh terbang; b) belon yg boleh dikemudikan (berbentuk spt cerut); ~ torpedo kapal yg kecil dan laju yg dipersenjatai dgn torpedo; ~ udara sj kapal berbentuk belon lonjong yg dapat terbang di udara dgn menggunakan gas ringan; ~ besar ditunda jongkong prb orang berkuasa menurut perintah orang kecil (bawahan); adat teluk timbunan ~ prb orang kaya tempat tumpuan orang miskin mengadu hal dll; besar ~ besar gelombang prb makin besar darjat (perniagaan) makin besar pula bencana (kerugian) yg menimpa; satu ~ dua nakhoda prb a) satu pekerjaan dua orang yg mengarahkannya; b) perempuan yg menduakan suami; sepuluh ~ datang, anjing bercawat ekor juga prb perihal rakyat yg tidak bertambah maju keadaannya meskipun banyak ilmu pengetahuan yg datang; berkapal 1. mempunyai kapal; 2. belayar dgn kapal, menaiki kapal: ia pergi ke Singapura ~; berkapal-kapal banyak kapal, beberapa buah kapal: ~ diangkut barang rampasan itu; mengapalkan 1. memuatkan ke dlm kapal; 2. mengirimkan melalui kapal; perkapalan 1. perihal kapal (urusan dll), yg berkaitan dgn kapal (dlm pelbagai aspek): pegawai ~; pusat ~; kemudahan-kemudahan ~; 2. pelayaran dgn kapal: beting ini menjadi halangan kpd ~; sungai-sungai di situ tidak boleh digunakan utk ~; 3. tempat membuat kapal; pengapalan pemuatan orang, barang-barang ke dlm kapal: para perantara kuli mengatur ~ sejumlah kuli ke Pulau Pinang dan Singapura. | Kamus Dewan Edisi Keempat |