Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kon.tra] | کونترا

Definisi : menentang, melawan, tidak menyo­kong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi me­nentang revolusi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kon.tra] | کونترا

Definisi : menentang; tidak menyokong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kontra


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
pro Ibersetuju dgn, menyebelahi, menyokong: dlm perbincangan itu ada pendapat yg ~ dan ada yg kontra; ~ dan kontra alasan, hujah dsb yg menyokong dan menentang se­suatu, baik buruknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
kontramenentang; tidak menyokong.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kontra revolusime­nentang revolusi.Kamus Dewan Edisi Keempat
kontra nasionalmenentang negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
kontramenentang, melawan, tidak menyo­kong (menyetujui): kecamannya yg keras menunjukkan sikapnya yg ~ terhadap perjuangan kita; ~ nasional menentang negara; ~ revolusi me­nentang revolusi.Kamus Dewan Edisi Keempat
pro dan kontraalasan, hujah dsb yg menyokong dan menentang sesuatu; baik buruk ttg sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pro dan kontraalasan, hujah dsb yg menyokong dan menentang se­suatu, baik buruknya.Kamus Dewan Edisi Keempat
pro I; ~ dan kontra alasan, hujah dsb yg menyokong dan menentang sesuatu; baik buruk ttg sesuatu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menghujani1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan;Kamus Dewan Edisi Keempat
hujan1. air yg turun (menitik dgn banyaknya) yg terpeluwap drpd wap di atmosfera: pagi ini ~ turun dgn lebatnya; musim ~ = ketika ~ musim yg hujan selalu turun; 2. = hari ~ air sedang turun (menitik dgn banyaknya): apabila ~, banyak orang datang lambat ke pejabat; kalau ~ pertandingan bola itu tidak akan rancak lagi; 3. ki spt hujan (banyak-banyak) datangnya dll: ~ bom; ~ peluru; ~ wang; ~ abu a) abu yg jatuh dgn banyak dr udara (apabila gunung berapi meletus dll); b) = ~ bubuk hujan menitik halus spt kabus (biasanya pagi-pagi); ~ air mata banyak air mata dicucurkan; ~ asid air hujan yg dicemari asid yg dibebaskan ke udara drpd kilang, asap kereta dll; ~ batu = ~ beku = ~ ais (jatuhnya) air hujan yg beku; ~ bubuk hujan abu; ~ bukit (Geog) hujan yg turun kerana awan yg membawa hujan tersekat oleh bukit; ~ darah a) = ~ merah hujan yg airnya kemerah-merahan warnanya dan meninggalkan kesan merah pd tanah; b) pertumpahan darah (kerana pergaduhan, peperangan, dsb); ~ gerimis = ~ renyai = ~ rintik-rintik hujan yg menitik halus-halus dan tidak banyak; ~ lalu = ~ lari = ~ halau mentua hujan sebentar sahaja; ~ lebat = ~ deras hujan besar dan banyak airnya turun; ~ manik Kl hujan yg titik-titiknya kasar sebesar biji mutiara; ~ perolakan (Geog) hujan yg disebabkan oleh perolakan udara panas ke atas; ~ rahmat a) hujan yg datang ketika ia sangat-sangat diperlukan; b) ki pertolongan dll yg mencurah-curah datangnya; ~ ribut hujan lebat yg disertai ribut; ~ siklon (Geog) hujan yg disebabkan oleh udara panas yg lembap yg bergerak ke atas udara yg lebih sejuk; ~ tahunan banyaknya hujan jatuh dlm setahun; ~ berbalik ke langit prb perihal orang yg lebih (kuat, pandai, dll) meminta tolong kpd orang yg kurang (lemah, bodoh, dll); ~ berpohon, panas berasal prb sesuatu hal itu tentulah mempunyai sebabnya; ~ emas di negeri orang, ~ batu di negeri sendiri, baik juga di negeri sendiri = ~ keris lembing di negeri kita, ~ mas perak di negeri orang baik juga di negeri kita prb sebaik-baik negeri orang tidak sebaik negeri sendiri; ~ menimpa bumi prb seseorang itu mesti tunduk kpd perintah pihak yg berkuasa; ~ tak sekali jatuh, simpai tak sekali erat prb sesuatu pekerjaan itu tidak dapat diselesaikan dgn sekali gus; ada ~ ada panas, ada hari boleh balas prb nescaya akan ada peluang utk membalas kejahatan orang terhadap kita; bagai ~ jatuh ke pasir prb kebaikan (pertolongan dll) yg sia-sia (tidak berbalas); ke mana tumpah ~ dr bumbung, kalau tidak ke cucuran atap prb anak itu menurut sifat atau teladan orang tuanya (sesuatu itu menurut asalnya); tidak ~ lagi becak, inikan pula ~ prb tidak berbuat pun dikata orang, apa lagi kalau benar perbuatan kita; sehujan; garisan ~ (Geog) garisan pd peta yg menghubungkan tempat-tempat yg sama banyak hujannya; berhujan, berhujan-hujan sengaja ber­jalan (bekerja, bermain-main, dll) dlm hujan, membiarkan dirinya basah kena hujan: nela­yan yg berpanas dan ~ di laut; menghujan spt hujan (datangnya dll banyak-banyak): panah pun ~ datangnya; menghujani 1. mendatangkan (melepas­kan) dgn banyak-banyak (peluru dll) kpd: pasukan kami dihujani peluru dan bom; 2. mendatangi sesuatu dgn banyak-banyak: penyiasatan membuktikan adanya pancaran kosmik dr angkasa lepas yg sentiasa ~ bumi ini; kita telah dihujani surat yg menyatakan pendapat yg pro dan kontra terhadap tulisan itu; 3. mengemukakan banyak-banyak (perta­nya­an, soalan, tuntutan, dll) kpd: ia akan dihujani dgn seribu satu macam tuntutan lagi; pegawai penyiasat itu telah ~ Amir dgn berbagai-bagai soalan; menghujankan 1. menurunkan hujan pd, mem­­basahkan seseorang atau sesuatu dlm hujan: kalau aku mungkir janji rendam aku empat puluh hari empat puluh malam atau hujankan aku; 2. ki menjatuhkan atau me­lepaskan (bom, soalan, dll) banyak-banyak; memperhujankan membiarkan basah kena hujan; mahukah orang ~ garamnya prb mahukah kita mengabaikan diri (keluarga, negara, dll) sendiri; kehujanan kena hujan, tertimpa oleh hujan: saya ~ di jalan; kambing ~; kera ~; penghujan = musim ~ musim hujan; hari ~ hari yg selalu hujan.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas