kontraksi | 1. pengecutan (peregangan) otot: ~ mempercepat pengembalian bentuk rahim; 2. (Lin) proses atau hasil memendekkan bentuk linguistik, mis tak drpd tidak atau tiada drpd tidak ada; berkontraksi melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkontraksi | melakukan (proses) kontraksi: otot-otot perut akan ~ apabila anda dlm keadaan cemas atau berhati-hati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejutan elektrik | rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nadi | 1. denyutan tetap pd arteri disebabkan oleh kontraksi jantung, biasanya boleh dirasa di pergelangan tangan: gerak ~nya semakin cepat; 2. = urat ~ pembuluh darah pd pergelangan tangan (terasa berdenyut-denyut); 3. = urat ~ ki unsur atau faktor yg menjadi asas atau penggerak utama kpd sesuatu (kegiatan, pergerakan, perkembangan, dll), punca hidup, jiwa: kebanyakan negara membangun turut mengikuti falsafah pembangunan yg berteraskan sektor perkilangan sbg ~ pembangunan; masjid itu dlm erti kata sebenarnya menjadi jantung dan ~ perkumpulan itu; batang ~ pembuluh darah yg besar; pembuluh ~ pembuluh darah dr jantung; tinggal ~ prb perihal orang yg sakit tenat; bernadi ada nadi, berdenyut nadi; dia sudah tidak ~ lagi sudah mati. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tokografi | (Ubat) rakaman berbentuk graf tentang kekuatan dan kekerapan kontraksi rahim ibu sebelum melahirkan anak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
distosia | (Ubat) proses bersalin yg sukar dan lambat disebabkan oleh pelbagai masalah, spt kontraksi rahim yg tidak berkesan dan ketaknormalan saiz fetus. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejutan | sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kejut | kaku (anggota, urat) disebabkan terperanjat atau ketakutan; berkejut; ~ telinga menegakkan telinga (spt kuda ketakutan); berkejutan berlari-lari tidak berketentuan kerana terperanjat; mengejut tidak semena-mena datangnya (berlakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; mengejut-ngejut 1. tersentak-sentak, bergoncang-goncang (tubuh): badannya kelihatan bergerak-gerak dan ~ sambil ia menangis; 2. pendek-pendek keras dan putus-putus (bkn bunyi binatang, tangisan, dll): sekali-sekala sedannya ~; sayup-sayup terdengar gonggongan anjing ~ dan memanjang-manjang; mengejutkan 1. = mengejuti menyedarkan dr tidur (khayalan, menungan, dll), membangkitkan (dr tidur): bunyi suara budak-budak berkelahi di luar ~ Karim drpd tidurnya; akan hilang menungnya apabila dikejuti oleh Poniem bahawa nasi telah terhidang; 2. memeranjatkan, sangat menghairankan, mengagetkan, menyebabkan (orang) tersentak: berita kematiannya sungguh ~ Bidin; 3. ki menyedarkan (supaya bertindak, maju, dll), membangkitkan semangat, memberangsangkan: perubahan ini agaknya ~ mereka supaya mempunyai semangat berani dan berazam; terkejut 1. terperanjat, tersentak, kaget: seluruh dunia ~ mendengar berita pembunuhan Presiden Kennedy; ia ~ ketika isterinya menepuk bahunya; ~ besar sangat terkejut (terperanjat); 2. terjaga (terbangun, tersedar) drpd tidur: ketukan di pintu biliknya menyebabkan ia ~ drpd tidurnya; kejutan sesuatu yg mengejutkan (memeranjatkan), kesan (akibat) yg menyebabkan orang terkejut (terperanjat): mengikut pandangan orang Eropah, Islam memberi ~ kpd mereka; sebelum majlis berakhir, pengerusi membuat satu ~ dgn mengumumkan hari perkahwinan Raja Muda; ~ budaya akibat yg timbul apabila sesuatu kebudayaan atau anggota sesuatu kebudayaan secara tiba-tiba berhadapan dgn atau terdedah kpd unsur-unsur kebudayaan lain yg lebih tinggi tamadunnya (biasanya menimbulkan perasaan tersisih, tidak dapat menyesuaikan diri dsb pd anggota kebudayaan yg lebih rendah tamadunnya); ~ elektrik rasa sakit dan kontraksi otot secara tiba-tiba apabila terkena arus elektrik; kekejutan 1. perihal terkejut (terperanjat); 2. terkejut, terperanjat: Tuan Lim ~, matanya hampir tersembul; keterkejutan keadaan atau perihal terkejut: lelaki itu terbanting oleh ~ yg maha dahsyat; pengejut mudah terkejut (terperanjat). | Kamus Dewan Edisi Keempat |