konvensional | /konvénsional/ 1 berdasarkan yg biasa dilakukan atau diamalkan; mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi: cerpen yg bersifat ~. 2 tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
konvensional | (konvénsional) 1. berdasarkan konvensi, mengikut atau sebagaimana yg ditentukan oleh konvensi, sebagaimana kebiasaannya: cerpen yg bersifat ~; 2. tidak melibatkan penggunaan tenaga nuklear, kimia, biologi dsb (bkn peperangan, senjata dsb): senjata ~; peperangan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata konvensional | senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang konvensional | perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
senjata konvensional | senjata api yg tidak melibat-kan penggunaan bahan nuklear (kimia dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
perang konvensional | perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, kimia atau biologi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
antinovel | (Sas) karya prosa yg menolak penggunaan unsur novel konvensional atau tradisional, terutamanya dr segi pembentukan plot. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
stereotaip | (stéréotaip) tidak mengandungi atau menunjukkan ciri-ciri dsb yg baru atau asli, biasa sahaja sebagaimana yg sering kali kedapatan (kedengaran dsb): pendekatan dan kaedah pengajaran amat ~, terkongkong, dan konvensional; temanya ~ tetapi perutusannya itu dipentingkan; menstereotaipkan membuat tanggapan stereotaip tentang seseorang atau sesuatu: bahasa yg ~ golongan wanita sbg golongan lemah, sbg suri rumah dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
senjata | alat (spt keris, lembing, senapang) yg digunakan ketika berkelahi atau berperang. ~ api senjata yg menggunakan peluru yg dpt meletup atau meledak (spt senapang, meriam). ~ berat senjata api yg berat-berat, spt meriam. ~ biologi senjata yg menggunakan organisma hidup, spt kuman dan virus, yg boleh memudaratkan manusia, binatang dan tumbuh-tumbuhan. ~ gelap senjata api yg digunakan secara haram. ~ kimia senjata yg terdiri drpd bahan kimia, mis gas beracun (bahan tsb bukan bahan ledakan). ~ konvensional senjata yg biasa digunakan, yg tidak melibatkan senjata nuklear, senjata kimia, senjata biologi dsb. ~ nuklear senjata api yg menggunakan tenaga nuklear. ~ ringan senjata api yg kecil-kecil, spt pistol. ~ tajam senjata yg tajam-tajam, spt pedang. bersenjata memakai senjata; lengkap dgn senjata: pasukan ~ tentera; askar. bersenjatakan menggunakan sesuatu sbg senjata: Dia pun keluar dgn ~ sebilah pedang. mempersenjatai memberi bersenjata; melengkapi dgn senjata: Sebuah negara asing dipercayai ~ kumpulan pemberontak itu. persenjataan 1 perihal bersenjata. 2 segala alat atau perlengkapan senjata. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
perang | perkelahian besar antara negara atau antara kumpulan yg bermusuhan dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata: ~ membawa kesengsaraan. ~ atom perang dgn menggunakan senjata atom. ~ biologi perang yg menggunakan virus atau kuman penyakit utk memusnahkan manusia, tanaman dsb. ~ dingin a. perang secara gertak-menggertak (belum menggunakan senjata lagi). b. bp bergaduh dgn tidak bercakap antara satu dgn yg lain (bkn suami isteri dll). ~ dunia perang antara beberapa buah negara besar di dunia. ~ gerila perang secara bersembunyi-sembunyi. ~ harga persaingan harga yg sengit utk menguasai pasaran antara firma dlm industri yg sama, dgn menurunkan harga barangan masing-masing serendah yg mungkin. ~ kilat perang yg dilakukan dgn cepat. ~ kimia perang yg menggunakan gas beracun atau bahan kimia lain sbg senjata. ~ konvensional perang biasa yg tidak melibatkan penggunaan senjata nuklear, senjata kimia atau senjata biologi. ~ mulut bertengkar dgn menggunakan kata-kata yg kasar. ~ nuklear perang yg menggunakan senjata nuklear, iaitu senjata dgn tenaga atom yg boleh mendatangkan kemusnahan disebabkan letupan, bahang dan sinaran bahan radioaktif. ~ sabil perang di jalan Allah; perang utk mempertahankan agama Islam. ~ salib perang utk mempertahankan Baitulmuqaddis drpd serangan orang Kristian. ~ saudara perang sesama bangsa sendiri dlm sesebuah negara. perang-perangan 1 latihan perang. 2 permainan perang. berperang berlawan dgn musuh secara besar-besaran dgn menggunakan senjata: Selama dlm latihan, mereka diajar ttg cara menggunakan senjata, dan ttg cara ~ juga. memerangi 1 membuat serangan tentera terhadap; berperang dgn; memulakan perang terhadap: Raja Haji Ali dan Raja Hussain datang mengadap baginda kerana merundingkan hal hendak ~ Ratih. 2 menentang sesuatu supaya hapus; melawan utk membasmi sesuatu: ~ kemiskinan di kalangan penduduk luar banar. peperangan keadaan (hal dsb) berlawan atau berkelahi dgn menggunakan angkatan tentera atau senjata; kejadian berperang; pertempuran: Pujangga Amir Hamzah telah mencipta sebuah sajak yg mengisahkan ~ antara Melaka dgn Portugis. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |