korporat | berkaitan dgn syarikat atau perbadanan: yg meminta-minta potongan cukai ~ ialah firma-firma besar; hanya menerusi badan ~ spt LUTH, ASN, yg membolehkan perkembangan ekonomi umat Islam teguh; imej ~; matlamat ~; mengkorporatkan menukarkan sesebuah organisasi kerajaan menjadi perbadanan atau syarikat: proses ~ perniagaan bumiputera di bawah Dasar Pembangunan Nasional; pengkorporatan perihal (proses, tindakan dsb) mengkorporatkan sesebuah organisasi, institusi dsb: ~ beberapa agensi kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
korporat | berkaitan dgn syarikat (besar) atau perbadanan: imej ~. mengkorporatkan membentuk sesebuah syarikat (besar) atau perbadanan sbg badan korporat yg sah di sisi undang-undang: Proses utk ~ syarikat tsb masih dlm perancangan. pengkorporatan perihal atau proses mengkorporatkan: ~ beberapa agensi kerajaan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
cukai korporat | cukai syarikat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Tadbir urus korporat (Tadb) | cara (tindakan atau sistem) mentadbir, mengurus, mengawal selia dsb dasar, fungsi, perjalanan dsb sesebuah organisasi (syarikat dsb) yg dipertanggungjawabkan kpd Lembaga Pengarah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
setiausaha syarikat | pegawai kanan syarikat korporat yg bertanggungjawab terhadap hal-hal perundangan, pengurusan dsb syarikat; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berkonspirasi | melakukan konspirasi; berkomplot: Ada tokoh korporat yg dikatakan ~ utk menjatuhkan menteri itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
profesor adjung | gelaran kehormat kpd profesional, tokoh korporat dsb yg mempunyai kepakaran dan berpengalaman luas dlm sesuatu bidang, yg dilantik sbg tenaga pengajar sambilan di institusi pengajian tinggi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkorporatkan | membentuk sesebuah syarikat (besar) atau perbadanan sbg badan korporat yg sah di sisi undang-undang: Proses utk ~ syarikat tsb masih dlm perancangan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berkonspirasi | melakukan (menganjurkan, mengadakan dsb) konspirasi, berkomplot: ada tokoh-tokoh korporat yg dikatakan ~ utk menjatuhkan menteri berkenaan; kami tidak ~ utk menyekatnya drpd menjadi ahli parti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kepedulian | perihal atau sikap ambil peduli (terhadap seseorang atau sesuatu), perhatian, keprihatinan: badan korporat turut memperlihatkan ~ yg besar apabila mereka turut menganjurkan teater atau apa jua acara kebudayaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |