haminte | IB bandar, kota praja, kota besar. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geminte | Id bandar raya, kota praja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kota praja | Id kawasan dan pentadbiran kota yg setaraf dgn daerah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kota | 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
praja | ark kota, negeri. | Kamus Dewan Edisi Keempat |