bermandikan | penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kota raya | bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bandar raya | bandar yg besar lagi penting (spt London, Tokyo, Singapura, Kuala Lumpur, dll) yg biasanya mempunyai penduduk seramai sejuta orang atau lebih, kota raya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
geminte | Id bandar raya, kota praja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mandi | 1 = bermandi membersihkan tubuh badan dgn air: Pergilah kamu ~ dahulu. 2 berenang-renang di dlm air: Mari kita pergi ~ di laut. ~ angin sentiasa kena angin. ~ darah a. berlumuran darah. b. menumpahkan darah (dlm pergaduhan dll). ~ embun membiarkan diri terkena embun. ~ kerbau mandi dgn tidak bergosok (tidak bersih). ~-manda berbagai-bagai cara atau upacara mandi. ~ peluh basah tubuh badan kerana berpeluh. ~ Safar upacara mandi pd hari Rabu yg terakhir dlm bulan Safar. ~ wap mandi dgn mengewapi seluruh badan di dlm bilik kecil yg dipenuhi wap, utk menyegarkan dan menyihatkan badan. bermandikan penuh atau dipenuhi dgn: Kota raya Kuala Lumpur ~ cahaya berwarna-warni. memandikan 1 membersihkan tubuh badan seseorang dgn air: Maheran sedang ~ anaknya di bilik air. 2 mencelupkan atau menyelamkan sesuatu ke dlm benda cair. permandian tempat mandi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kota | 1. tempat pertahanan yg dilingkungi tembok batu, benteng: sesudah orang Portugis menduduki bandar Melaka mereka mendirikan sebuah ~; 2. sl tembok yg melingkungi kubu pertahanan: tinggi ~ Melaka kira-kira sepuluh depa; 3. bandar raya, bandar, pekan: mereka meninggalkan kampung utk mencari kerja di ~; ibu ~ kota yg menjadi pusat pentadbiran negeri (ibu negeri); ~ raya bandar raya yg besar (spt London, New York, Paris, Kuala Lumpur dsb); 4. Id kep kota besar, kota praja; 5. kawasan tempat kediaman; rumah ~ ark rumah kampung; ~ duduk sl sj menara atau rumah yg tinggi utk melihat-lihat (memerhatikan) kawasan keliling; ~ Piliang dia bukan, Bodi Chaniago dia entah prb, Mn orang yg tiada tentu asalnya atau keturunannya; berkota 1. bertembok batu (bkn kubu pertahanan dll), berbenteng; 2. mempunyai kota (bandar): negeri yg ~ besar; 3. sl mendirikan kota, berbenteng: maka Sultan Ahmad ~ di Bentayan; 4. ki dipegang teguh, ditepati, tidak dimungkiri atau dilanggar (janji, perkataan, dll): katanya ~ pandangannya pandang bermakna; berkotakan sl menggunakan sbg kota, berbentengkan: maka baginda memerintahkan segala rakyat ~ betis; mengotai membangunkan kota (benteng) pd, membina tembok (di keliling sesuatu), memagari: maka dikotai oleh Bendahara berkeliling pulau itu; mengotakan 1. sl menggunakan sbg benteng, memperkukuh dgn; 2. = memperkotakan memegang teguh (kpd kata), menepati (melaksanakan) janji dll: yg dikata telah benar-benar diperkotakannya; segala janji mestilah dikotakan; kekotaan seakan-akan (terikut-ikut) gaya atau keadaan kota, berlagak (berkelakuan) spt orang di kota, yg memperlihatkan unsur-unsur atau pengaruh-pengaruh kehidupan dikota (di bandar): mereka mengambil sikap ~ yg sama spt keadaan yg terdapat dlm zaman penjajahan; perkotaan urusan (pentadbiran) kota. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
terang | 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. | Kamus Pelajar |
terang | 1 cahaya atau sinar yg menyebabkan sesuatu dpt dilihat: Tidak sama ~ lampu 100 watt dgn ~ matahari. 2 tidak gelap; tidak suram atau tidak muram; cerah: Pd waktu malam pun, jalan raya di ibu kota ~ spt pd siang hari. 3 siang: Setelah hari ~, mereka pun meneruskan perjalanan mereka. 4 bersih kerana sudah ditebas atau ditebang: Kawasan rumahnya ~, kerana semak samun di sekelilingnya sudah ditebas. 5 dpt didengar atau dpt dilihat dgn nyata; jelas (ttg bunyi tembakan, suara orang bercakap dll): Kedengaran bunyi tembakan meriam dr rumah kami, kadang-kadang bunyi itu ~. 6 tidak meragukan lagi; sudah jelas atau sudah nyata (kesalahannya dll): Kesalahannya sudah ~, tidak meragukan lagi. ~ benderang terang sekali. ~ bulan a. cahaya dr bulan. b. tidak gelap pd malam hari kerana ada bulan. ~ fikiran (hati) mudah memahami sesuatu yg diajarkan. ~ tanah waktu pagi ketika tanah mula kelihatan (± pukul 6.30 pagi). terang-terang tidak berselindung; nyata atau jelas (ttg perbuatan); ketara: Dgn ~, dia telah menipu kawannya itu. berterang-terang melakukan sesuatu secara terang-terang. menerangi menyinari hingga jadi terang; memberi terang: Sebuah lampu minyak ~ biliknya. menerangkan 1 membuat atau menjadikan sesuatu terang: Ubat ini baik utk ~ mata yg kabur. 2 membersihkan kawasan drpd semak samun dll: Mereka ~ kawasan hutan itu utk dijadikan kawasan pertanian. 3 menceritakan supaya terang atau supaya jelas; menghuraikan; menjelaskan: Dia telah ~ bagaimana kemalangan itu berlaku. 4 memberitahukan sesuatu perkara; memaklumkan: Perdana Menteri telah ~ tujuan Dasar Ekonomi Baru kpd para pelawat asing itu. 5 menunjukkan dgn bukti; membuktikan: Tidak ada bukti yg cukup utk ~ bahawa orang yg dituduh itu betul-betul bersalah. keterangan 1 huraian utk menerangkan atau utk menjelaskan sesuatu perkara; penjelasan: Mendengar ~ itu, dia pun terdiam. 2 apa-apa yg menerangkan atau yg menjelaskan sesuatu; alasan: ~ yg diberikan oleh saksi itu tidak lengkap utk membuktikan bahawa yg dituduh betul-betul bersalah. penerangan hal atau perbuatan menerangkan sesuatu. penerang sesuatu yg menerangi atau yg menerangkan: ~ hati jampi dll yg dpt menerangkan hati. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bandar I | tempat atau pusat yg ramai penduduknya dan terdapat banyak urusan dan perniagaan dijalankan, kota; ~ kembar bandar yg menjalin hubungan istimewa dgn bandar lain, yg biasanya terletak di negara yg berbeza; ~ pelabuhan bandar yg merupakan pelabuhan; ~ satelit bandar atau bandar raya yg bergantung pd industri tempatan tetapi mempunyai perkaitan ekonomi dgn bandar berdekatan yg lebih besar; ~ taman bandar yg pembangunannya dirancang secara sistematik, dihiasi dgn taman rekreasi awam dan pokok yg subur serta dilengkapi dgn kemudahan jalan raya yg lebar; ~ tinggal bandar yg dahulunya maju dan makmur, tetapi kini menjadi lengang dan sunyi; datuk ~ orang yg mengetuai majlis sesebuah bandar raya; luar ~ kawasan yg terletak jauh dr kawasan bandar, kampung, desa; pinggir ~ kawasan di sekeliling kawasan bandar; pusat ~ kawasan di dlm bandar tempat tertumpunya pejabat-pejabat (bangunan-bangunan kerajaan, gedung membeli-belah, dsb); ~ terbuka dagangan murah, badan sudah tua prb keinginan (pekerjaan) datang waktu kita tidak berwang (lemah);membandarkan menjadikan sesuatu (kawasan luar bandar) bersifat bandar;bandaran segala sesuatu bkn bandar: majlis ~;kebandaran 1. segala yg berkaitan dgn fungsi, keistimewaan yg ada dlm sesebuah bandar: keempat-empat negeri ini lebih ~ berbanding dgn tempat-tempat lain di Malaysia; 2. bersifat spt orang bandar (moden, canggih, dll): gaya hidup golongan elit lebih ~;perbandaran 1. yg berkaitan dgn bandar (pd pelbagai aspek spt pentadbiran dll): kawasan ~ Kuala Lumpur; 2. ark pabean, pejabat pelabuhan;pembandaran usaha dsb menjadikan sesuatu kawasan atau daerah dan penduduknya berubah kpd corak perbandaran atau meresap unsur-unsur perbandaran (spt perindustrian, pembangunan, dll), urbanisasi: mereka seolaholah dapat melihat alam semula jadi yg sebenarnya telah luput akibat proses ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuli | orang yg membuat kerja kasar atau kerja berat (spt memunggah barang, membaiki jalan raya, dll), buruh kasar: maka dipanggilkannya segala ~ dlm Melaka drpd segala bangsa, maka disuruhnya ~ pecahkan kota itu; makan ~ bekerja sbg kuli; wang ~ wang yg dibayar kpd kuli sbg upah; ~ plat kuli stesen dll yg lengannya memakai plat bernombor; berkuli bekerja sbg kuli: pekerjaan terlalu sedikit, sedang orang yg mahu ~ terlalu banyak; memperkuli memperbuat sbg kuli: maksud mereka tiada lain lagi drpd hendak ~ dia; kulian wang kuli, upah kpd kuli. | Kamus Dewan Edisi Keempat |