tepek I | (tépék) barang yg tipis yg melekat atau menempel (tanah liat, kapur, koyok, dll): beberapa ~ koyok; se~ tembakau selempeng tembakau; gula ~ gula kelapa atau enau (yg dituang dlm acuan yg tipis); bertepek menempel, melekat: usahalah membersihkan arang yg ~ di bawah periuk belanga itu; bertepek-tepek terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok; menepek, menepekkan menampalkan, melekatkan: kertas itu ditepek di dinding rumah-nya; penepek alat yg digunakan utk menepek sesuatu: ~ digunakan utk menepek bahagian luar bagi menghasilkan bentuk yg dikehendaki; tempek. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyok II | anjing liar (tidak dipelihara orang). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
koyok I | C 1. sj ubat yg ditempelkan pd kulit (utk menyembuhkan penyakit bisul dll); 2. bp cakap yg sedap didengar tetapi tidak benar, temberang, cakap kosong (tidak sungguh-sungguh); jual ~ (ubat) menemberang, bercakap kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk koyok | tanduk yg melengkung ke bawah; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
jual koyok (ubat) | menemberang, bercakap kosong. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ubat telekap | ubat plaster, koyok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tepek /tépék/ | barang tipis spt koyok, tanah liat dll yg melekat atau yg menempel. | Kamus Pelajar |
telekap I | ark; ubat ~ ubat plaster, koyok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bertepek-tepek | terpalit oleh lumpur (tanah liat dll), comot, kotor: apabila basah rambut itu ~ spt ditampal koyok; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tanduk I | 1. dua benda keras yg tumbuh di kepala binatang (spt kerbau, lembu, dll), sj cula: ~ lembu; ~ rusa; 2. drpd bahan tanduk (alat perkakas dll): sikat ~; 3. sesuatu yg berbentuk (berupa) tanduk: pisang ~; ~ badur = ~ koyok tanduk yg melengkung ke bawah; ~ cakah = ~ empang tanduk yg lurus mendatar; ~ capah tanduk lurus yg tumbuh mengangkang; ~ julang = ~ tegak tanduk yg lurus tegak tumbuhnya; ~ kangkum tanduk yg melengkung; ~ ragum tanduk yg pendek dan hujungnya hampir bertemu; ~ tendang tanduk yg satu tumbuh ke atas dan satu lagi melengkung ke bawah; ~ di kepala tak dapat digelengkan prb seseorang itu tidak dapat melepaskan diri drpd kewajiban sendiri; bagai ~ bersendi gading prb jodoh yg tidak sepadan; bagai ~ diberkas prb amat sukar menyatukan (orang yg berlainan fikiran dll); bagai kerbau runcing ~ = runcing ~ prb orang yg terkenal jahatnya sehingga jikalau orang lain yg membuat kejahatan orang menyangka dia juga; menghendaki (menghendakkan) ~ kuda = minta ~ kpd kuda prb menghendaki sesuatu yg tidak akan dapat; sedepa ~ yg datang, sejengkal ~ yg menanti, payah juga yg datang prb Mn perihal kesukaran berdagang ke negeri orang (tidak seberani anak negeri sendiri); tak (dapat) ~ telinga dipulas prb sanggup melakukan apa sahaja asal dapat membalas dendam; bertanduk mempunyai tanduk, ada tanduknya; (menantikan) kucing ~ prb mengharapkan sesuatu yg tidak mungkin;menanduk 1. menyondol dgn tanduk (kerbau, lembu, dll); 2. menyondol sesuatu dgn kepalanya, memukul dgn kepala: pemain itu sedang ~ bola. | Kamus Dewan Edisi Keempat |