Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
krisis (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan ketegangan, kegentingan, keributan, perbalahan, pertikaian, persengketaan, pertengkaran, kemelut, konflik, konfrontasi;,
Kata Terbitan : berkrisis,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
krisis ekonomikeadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar;Kamus Dewan Edisi Keempat
kemelut ekonomikrisis ekonomi;Kamus Dewan Edisi Keempat
krisis ekonomikeadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
kemelut1. keadaan yg genting atau berbahaya (bkn penyakit terutama penyakit demam); ~ naik keadaan penyakit yg makin genting atau berat; ~ turun keadaan penyakit yg beransur pulih; 2. keadaan atau saat yg genting atau berbahaya (bkn ekonomi, politik dsb), kegen­tingan, krisis: masyarakat harus dibimbing utk membuat keputusan sendiri apabila menghadapi konflik dan ~ dlm kehidupan; masa ~; ~ ekonomi krisis ekonomi; berkemelut berada dlm kemelut, mengalami kemelut: membiarkan mereka ~ mencari-cari simbolisme retorik.Kamus Dewan Edisi Keempat
tenat1. letih lesu, penat sekali: nafasnya pendek-pendek tanda ~; 2. keras, kuat, teruk (sakit dll): mereka terpaksa pulang kerana orang tua mereka sakit ~; 3. ki tidak berkembang dan mengalami kerugian atau kemelesetan yg sangat teruk sehingga boleh menyebabkan kebangkrapan, krisis ekonomi dsb (bkn ekonomi, perniagaan, kewangan dsb): kedudukan kewangan syarikat itu masih ~; ekonomi negara yg ~ menyebabkan ramai pekerja kehilangan pekerjaan;ketenatan perihal atau keadaan tenat.Kamus Dewan Edisi Keempat
krisiskeadaan yg tegang dlm politik dll disebabkan sesuatu masalah yg serius; kekacauan atau keributan (dlm persatuan dll). ~ ekonomi keadaan ekonomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
krisiskeadaan tidak stabil atau tidak tenteram yg boleh secara tiba-tiba menyebabkan sesuatu kejadian (perkembangan, perubahan, dll), keadaan yg lazimnya mendatangkan kesan buruk, keadaan yg genting, kegentingan, kete­gangan, keributan: pucuk pimpinan parti sedang berusaha menyelesaikan ~ yg timbul dlm parti itu; ~ akhlak (moral) kemerosotan (kerosakan) budi pekerti yg sudah mencapai peringkat yg membimbangkan; ~ ekonomi keadaan eko­nomi yg tidak stabil dan menyebabkan kehidupan menjadi sukar; ~ kelaparan keadaan buruk yg menyebabkan kebuluran (kerana kekurangan makanan); ~ kewangan keadaan yg sangat membimbangkan mengenai soal-soal kewangan (spt kekurangan wang dll); ~ politik ketegangan politik; berkrisis berselisih pendapat (fahaman, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas