pemerintah | 1. kekuasaan yg memerintah (menguasai) negara atau bahagian negara dsb: menerusi kesusasteraan, penulis-penulis mengemukakan fikiran dan kritik-kritik terhadap masyarakat dan ~; ~ daerah kekuasaan yg memerintah daerah; 2. badan atau kumpulan orang yg memerintah (mengendalikan pentadbiran) sesuatu negara, kerajaan: parlimen menjaga dan mengawasi segala yg dibuat oleh ~; kabinet yg terdiri drpd Perdana Menteri dan menteri-menterinya merupakan ~ yg menentukan dasar pentadbiran negara; parti ~ parti politik yg memerintah (kerajaan); 3. negara (bukan prebet atau orang perseorangan), kerajaan; tanah (pejabat dll) ~ tanah (pejabat dll) kepunyaan negara atau kerajaan; 4. pegawai (polis, tentera, dll) yg mengetuai pasukan dan memberikan perintah (arahan-arahan): perintah melancarkan serangan itu dikeluarkan oleh ~ pasukan tentera itu; 5. ark pengawas, pengelola, pengurus: ~ perkebunan; ~ berperlembagaan pemerintah (kerajaan) yg mentadbir negeri berdasarkan perlembagaan; ~ pelarian kerajaan yg berada di negeri lain (kerana negaranya diduduki musuh dsb); ~ peralihan kerajaan sementara (sebelum tertubuhnya kerajaan yg sebenarnya); ~ pusat kerajaan pusat (yg berkuasa terhadap seluruh negara); ~ tentera pemerintah yg dikuasai oleh tentera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritik | 1 ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya: Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2 = kritikan pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik: Beliau telah ~ kelakuan sesetengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kritik | 1. ulasan ttg sesuatu karya (buku, hasil seni, makalah dsb) yg menyentuh kebaikan dan kelemahannya di samping memberikan penilaian mengenainya:Pd masa ini, banyak tersiar ~ mengenai cerpen dan sajak. 2. pernyataan ttg yg salah atau yg tidak baik; celaan; teguran; kecaman: Kerajaan menerima ~ yg dilemparkan oleh pihak pembangkang. mengkritik menghuraikan atau meneliti mana-mana yg baik dan yg tidak baik:Beliau telah ~ kelakuan setengah-setengah penuntut di maktab tsb. pengkritik orang yg mengkritik: ~ sastera. | Kamus Pelajar |
kritikan | 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kritik | 1. analisis, penilaian dan teguran terhadap karya seni, sastera, dsb: seseorang penulis harus menerima baik segala ~ yg jujur; pd masa ini banyak tersiar ulasan dan ~ mengenai sajak dan cerpen; kerajaan sedia memberikan perhatian kpd ~-~ yg dikemukakan dgn tujuan yg baik; 2. teguran keras, kecaman, bidasan; mengkritik 1. membuat analisis dan penilaian tentang karya seni, sastera, dsb: seorang yg tidak pernah menghasilkan sesuatu karya sastera masih dapat ~ cerpen, novel, ataupun sajak; 2. memperkatakan (mengulas dsb) keburukan atau kelemahan sesuatu atau seseorang; ~ hebat (keras, pedas) mengecam, membidas, mencela: menerusi watak-wataknya pengarang ~ pedas akan masyarakat hari ini; dia menafikan pernah menuduh atau ~ penuntut-penuntut maktab tersebut; kritikan 1. kritik (analisis, penilaian, dan ulasan terhadap sesuatu karya sastera dll); 2. kritik (ulasan atau kata-kata) tentang keburukan (kelemahan dsb) seseorang atau sesuatu, kecaman; pengkritik orang yg mengkritik, pembidas: kita memerlukan banyak ~ sastera yg berkebolehan; para ~ dr negeri-negeri lain telah memuji karya pelukis-pelukis Malaysia yg dipamerkan itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tukang kritik | orang yg gemar mengkritik orang lain; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bahasan | 1. kritik, penyelidikan; 2. = perbahasan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cacatan | celaan, kecaman, kritik: jika mendapati apa-apa perkara yg tidak munasabah dlm cerita ini, janganlah hendaknya menjadi ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tik III | Kd, bp cela, cerca, kritik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kuti-kuti | ark suka menegur (mengkritik) perkara-perkara kecil; ®kutik. | Kamus Dewan Edisi Keempat |