Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuat] | قوات

Definisi : 1. banyak tenaganya (dayanya), tidak lemah, bertenaga, berdaya, tegap: walaupun ia sudah tua badannya masih ~; orangnya muda lagi ~; ubat ~ ubat utk menambah tenaga badan; 2. tidak mudah roboh (rosak, patah, putus, dsb), tahan (tidak rapuh dsb), kukuh, teguh: meja ini ~ buatannya; jahitlah dgn benang yg ~ sedikit; mendapat kedudukan yg ~; 3. tidak mudah kalah (tumpas, tewas, dsb), kukuh: angkatan tentera yg ~; barisan pertahanan yg ~; 4. tidak mudah berubah (hati, pendirian, dsb), tetap berpegang (pd kepercayaan, keimanan, adat, dsb), teguh: mereka masih ~ kpd adat lama; imannya ~; 5. keras (berat, giat, hebat, erat, lantang, kencang, deras, dll): ibunya sedang sakit ~ di kampung; suaranya semakin ~; bekerja ~ bekerja keras (sungguh-sungguh); angin ~ angin kencang; diikatnya ~-~ diikatnya erat­-erat; 6. mampu (boleh) atau sanggup membuat sesuatu: ia tidak ~ menaiki tangga setinggi itu; budak-budak pun ~ berjalan sejauh itu; 7. suka makan (minum dll) banyak-banyak: ~ makan (minum); ~ belajar; ~ berhutang; 8. mempunyai kelebihan atau kecekapan dlm sesuatu pengetahuan: ia ~ dlm ilmu kira-kira; 9. = kekuatan tenaga, daya: ~ tarikan bumi; ~ tekanan udara; ~ gajah terdorong, ~ harimau terlompat-lompat prb perihal orang besar (mulia) ygmembuat kesalahan; ~ ketam kerana sepit, ~ burung kerana sayap, ~ ikan kerana radai prb a) berasa kuat (berkuasa) kerana ada kele­bihan padanya; b) tiap-tiap orang sedikit sebanyak ada kuasanya; sekuat 1. sama kuat dgn (dlm pelbagai erti): Ali tidak ~ abangnya; barisan pertahanan pasukan ini tidak ~ tahun lalu; 2. = sekuat­-kuat seboleh-boleh, sepenuh daya (tenaga): perempuan itu berteriak ~ hatinya; dia bekerja dgn ~ tenaganya; berkuat berkeras hati dan bersungguh-sungguh, bertekun (bekerja, berusaha, dsb), bertahan (menghadapi atau menanggung kesulitan, dll): ibunyalah yg ~ benar menyuruh ia pergi; tiap hari dia ~ utk mencapai cita-citanya; ~ tulang bekerja bersungguh-sungguh; berkuat-kuatan beradu tenaga, berlawan kekuatan: marilah kita ~ mengangkat batu ini, barang siapa tiada terangkat alahlah ia; menguati melakukan dgn kekerasan, ber­tindak keras kpd, memaksa: dikuati sahaja kalau tidak mahu menurut; menguatkan 1. menjadikan kuat (tegap, kukuh, dll): ~ badan; ~ ikatan; ~ pelukan; 2. meneguhkan (kepercayaan, sangkaan, pen­dapat, dll): kata-katanya tadi ~ kepercayaan Aini tentang kejujurannya; ~ hati; ~ iman; ~ semangat; 3. mengeraskan atau meng­hebatkan (bunyi, tekanan, dll): dlm suasana yg riuh-rendah itu ia terpaksa ~ suaranya; memperkuat menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; kekuatan 1. tenaga, daya: makanan spt gula dan lemak menambah ~ badan; 2. kekuasa­an, keteguhan, kekukuhan: ~ musuh tidak dapat diduga; ~ batin (hati) kekuatan yg terdapat dlm batin manusia, kekuatan yg bukannya bersifat keduniaan (kebendaan); ~ iman keteguhan iman; penguatan perihal (perbuatan, usaha) me­nguati atau menguatkan; penguat sesuatu yg menguatkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : ; kayu ~ = kuat-kuat sj tumbuhan (pokok), (asam) riang-riang, kayu bangka, keriang, sesudu paya, yang-yang, Archytaea vahlii. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuat] | قوات

Definisi : 1 bertenaga utk membuat kerja dll; tegap tubuh badannya; gagah: Badannya sihat lagi ~. Mana yg lebih ~, singa atau harimau? 2 hebat (bkn tiupan angin dll); kencang; nyaring (bkn bunyi suara dll); tenat (bkn penyakit dll); teruk: Angin bertiup dgn ~nya. Suaranya semakin ~. Emaknya sakit ~. 3 tidak mudah rosak; tidak mudah putus atau tidak mudah pecah (bkn tali dll): kukuh; teguh; tahan: Baju ini ~ jahitannya. Tali itu ~, sukar utk memutuskannya. 4 ki tidak mudah berubah hati (pendirian dll); teguh (iman dll): Jika imanku tidak ~, sudah pasti aku menurut kemahuan mereka. 5 suka melakukan sesuatu (yg biasanya tidak baik) dgn banyak: ~ makan; ~ minum arak; ~ berjudi. berkuat bersungguh-sungguh; berkeras hati: ~ benar dia hendak melanjutkan pelajarannya ke luar negara. menguatkan 1 membuat sesuatu supaya menjadi kuat (teguh dll): Utk ~ badan, makanlah ubat ini. 2 mengeraskan bunyi (suara dll): Kerana anaknya masih berdegil, dia telah ~ suaranya. memperkuat menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. kekuatan 1 tenaga; daya: Umurnya beransur tua dan ~nya pun makin berkurang. 2 keadaan kuat; keteguhan; kekukuhan: Kita hendaknya janganlah mengecil-ngecilkan ~ pihak musuh. penguatan perbuatan atau hal menguatkan. penguat orang atau sesuatu yg menguatkan. sekuat 1 sama kuatnya dgn: Kassim tidak ~ abangnya. 2 = sekuat-kuat dgn sedaya upaya; dgn sepenuh tenaga: Budak itu menjerit ~ hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,

Puisi
 

Kuat ribut malam tadi,
     Sapu tangan jatuh ke laman;
Hajat abang datang ke mari,
     Hendak tidur berbantal lengan.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Kuat burung kerana sayap;
     kuat ikan kerana radai.

Bermaksud :

Merasa kuat (berkuasa) kerana ada kelebihannya; tiap-tiap orang sedikit banyak ada kuasanya.

 

Lihat selanjutnya...(54)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lalak; melalak menjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat. terlalak-lalak dlm keadaan menjerit-jerit dgn kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
melalakmenjerit kuat-kuat; menangis kuat-kuat.Kamus Pelajar Edisi Kedua
menekan1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, meng­gencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemo­dal utk ~ golongan miskin; 3. ki meng­hentikan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki meng­adakan desakan yg keras terhadap, mengasak, men­desak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menye­belah kepadanya; 6. ki = menekankan mengata­kan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suara­nya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusah­kan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengunjunmenghulurkan (tangan, tali, dll) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak.Kamus Dewan Edisi Keempat
unjunsl; mengunjun menghulurkan (tangan, tali, dll) dan menariknya kembali kuat-kuat, menarik (menyentak) kuat-kuat, merentak.Kamus Dewan Edisi Keempat
menekan1 mendesak dr atas kuat-kuat; menindih: Ahli gusti itu telah merebahkan lawannya lalu ~nya kuat-kuat. 2 ki melakukan sesuatu utk menyusahkan orang lain; menindas: Walaupun pegawai tsb tidak tahu bekerja, dia suka sekali ~ orang-orang bawahannya.Kamus Pelajar Edisi Kedua
sentak/séntak/; menyentak menarik kuat-kuat dgn pantas; merenggut; menyentap: Hang Tuah telah ~ keris Taming Sari dr pinggang Hang Jebat. tersentak 1 tertarik kuat-kuat; ter­cabut. 2 terjaga atau tersedar dgn tiba-tiba. sentakan hal atau hasil menyentak; tarikan keras; renggutan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
membanting1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
banting; membanting 1 menghempaskan sesuatu kuat-kuat ke bawah: Dlm masa cuti penggal lalu, saya menolong ayah ~ padi di sawah. ~ tulang bekerja keras atau bersungguh-sungguh melakukan sesuatu. 2 bergerak atau bergoncang kuat-kuat: Kereta itu ~ apabila melalui jalan yg lekuk-lekuk.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tekan~ kundai sj hiasan pd kundai (drpd emas dll); bertekan bertumpu dgn tangan pd, bertelekan: Basi membongkok dgn kedua-dua tangan­-nya ~ di meja; bersetekan Mn bertekan;menekan 1. mendesak kuat-kuat, menindih kuat-kuat: ia terus ketawa terbongkok-bongkok ~ perut; 2. ki memperkuda, memeras, meng­gencet, menindas: undang-undang yg spt ini hanyalah sbg senjata bagi golongan pemo­dal utk ~ golongan miskin; 3. ki meng­henti-kan (sesuatu) dgn paksaan, mencegah, menge-kang: matanya sedikit basah, tetapi ia berhasil ~ perasaannya; 4. ki meng­adakan desakan yg keras terhadap, mengasak, men­desak (hingga menyusahkan): askar kita sedang ~ pasukan pertahanan musuh dgn keras; atas nama keamanan sejagat, yg gagah ~ yg lemah; 5. ki mendesak keras (supaya), memaksa-maksa: Wan Uma dan kawan-kawannya sedang mengambil langkah-langkah ~ orang ramai supaya menye­belah kepadanya; 6. ki = menekankan mengata­kan sesuatu dgn keras (kuat), mengeraskan (pengucapan): Jali ~-nekan suara­nya; 7. ki menghimpit-himpit dan menyusah­kan, menyesalkan: perubahan ini walaupun sedikit demi sedikit, tetapi terasa benar ~-nekan hidupnya; menekankan 1. menekan dgn sesuatu (pd), menindihkan sesuatu (pd), mendesakkan sesuatu (pd): Kamal ~ kepalanya pd pintu kuat-kuat; 2. mengucapkan kata (suku kata) dgn keras, mengeraskan suara utk menegas­kan: ia ~ suku kata yg terakhir; 3. sangat-sangat mementingkan, mengutama­kan, meni­tik­beratkan, menegaskan: Menteri Besar itu ~ bahawa semua rakyat drpd semua lapisan keturunan telah bersatu padu; tulisan ini ~ hubungan antara karya novelis-novelis ter-sebut dgn masyarakat; tertekan ditekan, tertindas, tertindih: petani-petani yg sentiasa ~, dicukai berlebih­an dan ini telah menimbulkan pemberonta­kan ber­senjata; tertekan-tekan tidak lancar (perjalanan sesuatu), tersangkut-sangkut: Konah men­cerita­kan lagi dgn suara yg agak ~ pula keluar­nya;tekanan 1. keadaan atau hasil menekan: ~ darah; ~ udara; 2. sesuatu yg menekan dgn kuat, desakan, paksaan: ia menarik diri dr ~ politik; ditimpa oleh ~ emosi yg menggang­gu perjalanan fikiran; 3. = ~ suara = ~ bunyi kata (suku kata) yg diucapkan lebih keras drpd yg lain, pengucapan kata yg dikuatkan: guru menggaris dgn kapur warna di bawah perkataan yg menghendaki ~ suara; 4. sesuatu yg dipentingkan (diutamakan); ~ atmosfera (Fiz) tekanan pd suatu titik di per­mukaan bumi yg disebabkan oleh berat udara yg berada di atas titik tersebut; ~ darah tekanan pd dinding arteri yg nilainya ber­gantung pd daya pengepaman jantung, ke-kenyal­an dinding arteri, dan juga isi padu serta kelikatan darah; ketertekanan perihal (keadaan) tertekan; penekanan perihal menekan (menekan­kan); penekan alat dll utk menekan.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas