kubus | ruang yg berbatas enam bidang segi empat yg sama besarnya (spt dadu); kiub. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kubus | (Mat) bongkah yg mempunyai enam permukaan, yg setiap satunya berbentuk segi empat sama. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kaabah | bangunan batu yg berbentuk kubus di dlm Masjidilharam di Mekah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kaabah | bangunan batu yg berbentuk kubus di dlm Masjidil Haram di Mekah. | Kamus Pelajar |
kiub | bongkah yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat segi yg sama besarnya (spt dadu); kubus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kiub | benda yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi dan sama besarnya (spt dadu), kubus; ~ berpusat jasad (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan satu atom di pusat kiub; ~ berpusat muka (Kim) unit struktur bagi hablur berbentuk kiub yg terdiri drpd satu atom di setiap penjuru dan pusat mukanya; ~ rebusan bahan drpd air rebusan daging, ikan atau sayur-sayuran yg dikeringkan dan berbentuk kiub, digunakan utk membuat sup, dlm masakan dsb. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kiub | bongkah yg mempunyai enam permukaan yg semuanya berbentuk empat persegi yg sama besarnya (spt dadu); kubus. | Kamus Pelajar |