kukus | 1 wap air panas: kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn wap air panas. 2 alat (periuk, bekas dsb) utk memasak dgn wap air panas. mengukus memasak atau memanaskan sesuatu dgn wap air panas: ~ nasi. kukusan 1 bekas atau alat utk mengukus. 2 yg dikukus; hasil mengukus. pengukusan perbuatan (proses dsb) mengukus: ~ dpt membunuh hidupan seni. pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukus I | 1. wap air panas; kuih (roti) ~ kuih (roti) yg dimasak dgn memanaskannya dgn wap air panas; 2. alat utk mengukus, kukusan; berkukus 1. mengeluarkan kukus, berwap (air panas); 2. yg dimasak atau dipanaskan dgn menggunakan kukus (wap) air mendidih: nasi lemak yg ~; 3. yg dijadikan (atau ditukarkan semula menjadi) cairan dr wap cairan yg dididihkan; mengukus 1. memasak atau memanaskan sesuatu dgn menggunakan wap air mendidih: ~ nasi lemak; 2. memanaskan cairan (spt air dll) hingga menjadi wap yg kemudian bertukar semula menjadi cairan; kukusan 1. sj bekas drpd anyaman yg berbentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus; pengukusan proses atau perbuatan mengukus; pengukus sesuatu yg digunakan utk mengukus: air ~; periuk ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kukusan | 1 bekas atau alat utk mengukus. 2 yg dikukus; hasil mengukus. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kukusan | 1. sj bekas drpd anyaman yg berbentuk bulat panjang atau merunjung utk mengukus nasi, alat mengukus makanan, kukus; 2. hasil mengukus; | Kamus Dewan Edisi Keempat |