Definisi : ; terkulat-kulat 1. terkebil-kebil atau termangu-mangu (spt orang kebingungan, kehairanan, dll): murid-muridnya ~ sahaja apabila muka mereka direnunginya; 2. terkecap-kecap (kerana menginginkan sesuatu makanan): ~ mulut budak itu apabila ia melihat makanan yg terhidang di atas meja. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Definisi : ; terkulat-kulat sekejap celik sekejap pejam (bkn mata kerana hairan, bingung dll); terkebil-kebil: ~ mereka memandang telatah gadis yg lincah itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)