kumbang | 1. sj serangga yg berkepak dan berkulit keras; jenis-jenis: ~ (ber)tanduk, ~ daun, ~ gajah, ~ kelapa dll; 2. sj serangga (lebah); jenis-jenis: ~ kayu, ~ madu dll; 3. ki hitam (berkilat); anjing (harimau) ~ anjing (harimau) yg hitam bulunya; ~ ambrosia sj kumbang perosak kayu dlm famili Platypolidae dan beberapa genus dlm famili Scolitidae dan Lymaxylidae; ~ bubuk sj kumbang perosak kayu dlm famili Bostrychidae dan Lyctidae; ~ kulit sj kumbang perosak kayu dlm famili Scolitidae (termasuk kumbang Ambrosia); ~ kura-kura kumbang kecil berwarna coklat kemerah-merahan atau kuning dan berbintik-bintik hitam; ~ perabot sj kumbang perosak kayu dlm famili Anobiidae, larvanya mengorek kayu, Anobium punctatum; ~ sesungut panjang sj kumbang perosak kayu dlm famili Cerambycidae yg larvanya mengorek kayu; ~ melilit gedung prb orang yg bersiul-siul berkeliling rumah gadis yg dikasihinya; ~ tidak seekor, bunga tidak sekaki (sekuntum) prb bukan hanya seorang sahaja lelaki atau perempuan utk dijadikan kekasih atau pasangan hidup; bagai ~ putus tali(nya) prb sangat pantas larinya (jalannya); mengumbang mendengung-dengung (berbunyi berdengung-dengung) spt kumbang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dendang II | 1. sj kumbang yg hitam, Cantharis hirsticornis; 2. sj kumbang yg perang kemerah-merahan, Illectica testaceae. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyarikan | 1. menghisap madu dr sari bunga (kumbang, rama-rama, dll); 2. memetik pati sahaja (drpd karangan, berita, dll), meng-ikhtisarkan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
belat I | 1. bidai, kerai; 2. sj bidai utk menangkap ikan; jenis-jenisnya: ~ Betawi, ~ kelong, ~ duduk = ~ kering = ~ Kedah = ~ kumbang, ~ langgai, ~ lengkung = ~ pantai = ~ teluk, ~ parit = ~ sungai, ~ puk; 3. Mn bilah-bilah buluh (papan) utk membalut tulang yg patah; ~ hanyut cakap kosong;membelat membalut dgn belat: tangannya yg patah itu dibelat oleh bomoh. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menyarikan | 1 mengambil sari atau apa-apa yg terpenting drpd sesuatu karangan dll. 2 menghisap atau mengambil madu dan sari dr bunga (oleh kumbang dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berpucuk | 1. keluar pucuknya: pokok getah ~ selepas musim kemarau; 2. ada pucuknya; kata tidak ~ putusan yg terakhir (muktamad); ke atas tidak ~, ke bawah tidak berurat, di tengah-tengah digerek kumbang prb jika seseorang bersalah biarlah dia serta kaumnya binasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
melangsi | 1. berbunyi halus nyaring, mendering: suatu jeritan yg kuat melangsi membelah udara; 2. terbang dgn laju dan berdenging (spt peluru dll): tali bubut temberang pun berdengung-dengung spt kumbang ~; langsing II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berlangsi | 1. berbunyi halus nyaring, mendering: suatu jeritan yg kuat melangsi membelah udara; 2. terbang dgn laju dan berdenging (spt peluru dll): tali bubut temberang pun berdengung-dengung spt kumbang ~; langsing II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
langsi | bunyi yg halus nyaring, mendering; berlangsi, melangsi 1. berbunyi halus nyaring, mendering: suatu jeritan yg kuat melangsi membelah udara; 2. terbang dgn laju dan berdenging (spt peluru dll): tali bubut temberang pun berdengung-dengung spt kumbang ~; langsing II. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dengung | bunyi yg bergema spt bunyi kumbang (kapal terbang, gong yg dipalu, dll); berdengung, berdengung-dengung, mendengung berbunyi (bersuara) bergema: motokar meluncur berdengung-dengung; mendengungkan 1. mengeluarkan bunyi dengung (bunyi bergema): gong yg dipalu itu pun ~ bunyi yg memekakkan telinga; 2. = mendengung-dengungkan ki menghebah-hebahkan, menyebarkan (berita): pihak musuh sering ~ keburukan yg berlaku dlm negeri kita; dengungan 1. bunyi yg berdengung (mendengung), dengung: ~ pukulan gong sayup-sayup kedengaran dr tempat kami; 2. bp propaganda, diayah: segala ~ yg dilaungkan oleh pihak musuh tidak memberi bekas apa-apa kpd kita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |