Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.di] | کوندي

Definisi : Mn sj biji saga yg digunakan utk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kundi

Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)
Peribahasa

Yang merah saga,
     yang kurik kundi;
yang indah bahasa,
     yang baik budi.

Bermaksud :

Biarpun rupa elok dan kacak, tetapi kalau budi bahasa buruk, maka akan hina juga pada pandangan masyarakat.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kundiMn sj biji saga yg digunakan utk menim­bang emas (beratnya 241 mas), kenderi.Kamus Dewan Edisi Keempat
bergayungbersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana;Kamus Dewan Edisi Keempat
saga I1. sj tumbuhan (pokok dan bijinya merah bulat-bulat kecil), a) Adenanthera pavonina; b) Adenanthera bicolor; ~ gajah sj tumbuhan (pokok), jering tupai, Pithecellobium ellip-ticum; akar ~ sj tumbuhan (pokok me-manjat), Abrus precatorius; akar ~ molek sj tumbuhan (pokok memanjat), akar perah bentak, Lettsomia maingayi; 2. penolong timbangan (emas); spt ~ di atas talam prb kelakuan yg tidak tetap; yg merah ~ yg kurik kundi prb yg indah dan yg baik ialah bahasa dan budi, bukannya rupa; diuji timbang lebih se~ prb perbezaan yg amat kecil.Kamus Dewan Edisi Keempat
gayung II1. sl sj tongkat yg dipakai sbg senjata; 2. pukulan, tetakan, tikaman, dll (dgn senjata); main ~ bersilat (bertinju dll); 3. = ilmu ~ sj mantera utk menyakitkan (membunuh dll) orang dr jauh; ~ bersambut kata berjawab prb mengelakkan serangan musuh atau menjawab percakapan orang; ~ tua, ~ memutus prb cakap orang tua-tua biasanya benar; bergayung bersilat (bertikam dll); orang ~ sama pandai sama bak kundi atas dulang prb sama arif dan bijaksana; menggayung 1. menetak, menikam, menombak dll (dgn senjata); 2. mengucapkan mantera utk membunuh musuh dll.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas