kundur | nama sj herba atau buahnya (pokoknya menjalar dan buahnya boleh dimakan), Benincasa cerifera. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kundur tikus | sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kundur jawa | sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kundur cina | sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kundur | sj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barah kundur buruk | barah di pelipatan lutut; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rukam padang | sj tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, Litsea ujongensis; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lonjong | 1 makin ke atas makin runcing (bkn bentuk atap dll). 2 bentuk yg bulat panjang spt bentuk buah kundur. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
rukam | ; ~ air sj tumbuhan (pokok renek), kasip keludut, Erismanthus obliqua; ~ babi sj tumbuhan (pokok), bunga tanjung hutan, selimber, Homalium longiflorum; ~ gajah = ~ hutan = ~ putih sj tumbuhan (pokok kecil), pokok damak-damak hutan, Scolopia rhinanthera; ~ laut sj tumbuhan (pokok renek), bedara laut, Ximenia americana; ~ padang sj tumbuhan (pokok kecil atau renek), medang kundur, Litsea ujongensis; pokok ~ putih sj tumbuhan (pokok renek), Scleropyrum maingayi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
barah | 1. sj bisul besar yg bernanah; 2. ketumbuhan berbahaya pd kulit atau pd tisu di dlm tubuh yg disebabkan oleh pertumbuhan sel yg tidak mengikut kadar yg normal (disebabkan oleh pengaruh bahan-bahan karsinogen spt bahan kimia dan virus), kanser; 3. sesuatu keadaan (perkara, perkembangan, dll) yg sangat buruk pengaruh atau akibatnya dan boleh merebak atau menular; ~ batang barah di pertemuan paha dan badan; ~ batu barah yg keras spt batu (dekat dubur); ~ bir barah dekat dubur; ~ bunyi barah di dada; ~ cika barah di dlm perut; ~ empong barah di ari-ari; ~ gajah barah di dlm perut; ~ kelawar barah di bawah ketiak; ~ kepala beruang barah pd bahu atau lutut; ~ kepala harimau barah di bawah mata kaki; ~ kundur buruk barah di pelipatan lutut; ~ nangka barah di betis; ~ raja barah yg sangat sakit; ~ sisik barah yg selalu mengelupas; ~ sisip barah dibawah tulang rusuk; ~ tetek barah pd susu, mastitis; ~ tiarap barah yg menyebabkan luka di dlm; ~ ular = ~ batang;membarah menjadi barah: jeritan hatiku terus melarat hingga ~ ke dlm jiwa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |