Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kun.tum] | کونتوم

Definisi : 1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga; berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melempar­kan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga); kuntuman bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.tum] | کونتوم

Definisi : kudung: jari ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kun.tum] | کونتوم

Definisi : 1 bunga yg hampir kembang. 2 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga. berkuntum tumbuh (berada) dlm bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru ~. menguntum menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuntum

Puisi
 

Dari Gersik ke Surabaya,
     Singgah memetik kuntum delima;
Sungguh malang nasib saya,
     Sudah berputik balik berbunga.


Lihat selanjutnya...(4)

Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuntum1 bunga yg hampir kembang. 2 penjodoh bilangan utk bunga: se~ bunga. berkuntum tumbuh (berada) dlm bentuk kuntum: Bunga mawarnya baru ~. menguntum menjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
menguntummenjadi kuntum atau sbg kuntum (mula berkembang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuntum I1. bunga yg hampir akan mekar (berkembang), kuncup (bunga); 2. ki gadis dlm belasan tahun; 3. penjodoh bilangan bagi bunga: beberapa ~ bunga; berkuntum tumbuh (keluar) dlm bentuk kuntum: bunga ~ di dahan; menguntum 1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu; menguntumkan ki memberikan (melempar­kan) sesuatu (senyuman): dia mendengus kasar sambil ~ sebuah senyuman sinis; terkuntum mulai berkembang (bunga); kuntuman bentuk-bentuk kuntum: pakaian biru bertaburan dgn ~ bunga-bungaan.Kamus Dewan Edisi Keempat
kuntum IIkudung: jari ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
menguntum1. sbg kuntum, mulai berkem­bang (menjelma), menjadi kuntum; 2. ark berkuntum di: ~ dahan berkuntum di dahan; 3. ki mula tersenyum: senyuman di bibir Teh Junus ~ melambangkan tidak ada apa-apa yg dia tahu;Kamus Dewan Edisi Keempat
dasar1. bahagian yg di bawah sekali (laut, sungai, tasik, dsb): mutiara didapati di ~ laut; 2. bahagian yg di bawah sekali sama ada di sebelah dalam atau di sebelah luar sesuatu bekas (spt kuali, botol, dll): serbuk kopi itu mendap ke ~ gelas; ~ kuali yg hitam spt arang; 3. lantai: rumah itu atapnya zink, dindingnya papan, dan ~nya simen; 4. lapisan yg di bawah sekali (pd gambar, kain, dll), latar: ~ kain batik pd umumnya ber­warna perang; corak yg terdiri drpd kuntum-kuntum bunga pd ~ yg berwarna gelap; 5. sifat, perangai (yg sudah sebati dgn se­seorang): dia pantang ditegur memang begitu ~nya; 6. pertimbangan (cara, sistem, dll) yg pokok bkn sesuatu, asas, prinsip, teras: Vietnam Selatan mengirim beberapa orang pegawai tentera ke Malaysia utk mempelajari ~-~ perang gerila; apakah ~nya pendapat tuan itu? 7. pendirian yg menjadi asas segala tindakan (sikap, keputusan, dll), polisi: ~ kerajaan; ~ sesebuah parti politik; ~ ekonomi negara; 8. yg menjadi bahagian (faktor) terpenting, asas, pokok: setelah dicapai persetujuan tentang soal-soal ~, baru dibincangkan butir-butirnya; 9. Id memang, sebenarnya: sudah ~ pencuri; 10. kertas dsb yg dipotong mengikut bentuk baju dan di­jadikan asas utk menggunting pakaian;berdasar 1. ada (memakai, mempunyai) dasar: kain songket itu ~ biru; 2. berasas, ber­sandar: ~ keterangan-keterangan yg diterima, memang orang itu bersalah; 3. ark = berdasarkan; berdasarkan berasaskan, bersandarkan, ber­landaskan: tulisan saya itu ~ berita yg tersiar di sebuah akhbar; tuduhan yg ~ bukti-bukti yg nyata;mendasar bersifat dasar atau asas: ke­perluan-keperluan yg paling ~ bagi zaman­nya; mendasari menjadi dasar atau asas kpd: konflik antara Hang Tuah dgn Hang Jebat yg ~ drama ini adalah cukup dramatik; kita akan dapat melihat ideologi yg ~ pe­nu­lisannya; mendasarkan menggunakan (memakai) sbg dasar: perkahwinan harus didasarkan pd cinta dan kasih sayang;pendasaran proses menjadikan sesuatu dasar: situasi masyarakat yg saintifik dibantu oleh ~ sifat-sifat sandiwara.Kamus Dewan Edisi Keempat
baju kuntumsj baju potongan Melayu;Kamus Dewan Edisi Keempat
kudupkuntum (bunga), kudu, kuncup (bunga).Kamus Dewan Edisi Keempat
jantung pisangkuntum bunga pisang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
jantung pisangkuntum bunga pisang;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345

Kembali ke atas