Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan maksimum sesuatu yg diper­untukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[kuo.ta] | کووتا

Definisi : bilangan atau banyaknya barang yg dibenarkan utk dibuat, dijual dll; bilangan orang yg dibenarkan atau yg dihadkan utk sesuatu kegiatan (utk belajar di universiti dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kuota


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kuotabilangan atau banyaknya barang yg dibenarkan utk dibuat, dijual dll; bilangan orang yg dibenarkan atau yg dihadkan utk sesuatu kegiatan (utk belajar di universiti dll).Kamus Pelajar Edisi Kedua
kuotabilangan maksimum sesuatu yg diper­untukkan, dibenarkan atau ditetapkan, spt kereta yg diimport dan pekerja asing yg boleh dibawa masuk ke sesebuah negara: kerajaan mengenakan ~ ke atas eksport bijih timah; pihak berkuasa Saudi tahun ini mula menetapkan ~ jemaah haji dr setiap negara Islam.Kamus Dewan Edisi Keempat
perdagangan bebasperdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara;Kamus Dewan Edisi Keempat
perdagangan bebasperdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dagang1 datang (berasal) dr luar negeri atau dr tempat asing (bkn orang dll). 2 orang yg merantau (mengembara): Dia ~ di negeri ini. 3 pekerjaan yg berkaitan dgn membeli dan menjual; jual beli. berdagang 1 menjalankan perniagaan; berniaga. 2 = ~ diri merantau atau mengembara ke negeri lain: Dia cuma ~ di sini. memperdagangkan membeli dan menjual sesuatu; memperniagakan: Saudagar itu ~ barang-barang yg dibawa dr negerinya. dagangan 1 barang-barang yg diperjualbelikan atau diperniagakan: Barang ~nya terdiri drpd kain batik, kain songket dan kain kasa. 2 urusan dagang. ~ cergas dagangan yg banyak melibatkan kegiatan jual beli saham. ~ lembap dagangan yg kegiatan jual beli sahamnya sedikit saja. perdagangan urusan berniaga; perniagaan: ~ antara Malaysia dgn negara-negara jiran semakin maju. ~ bebas perdagangan antarabangsa yg barangan import dr sesebuah negara tidak dikenakan sebarang sekatan, spt kuota atau tarif. pedagang orang yg melakukan perniagaan: Banyak ~ Arab yg datang ke Malaysia utk berdagang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
dagang I1. (berasal) dr tempat lain atau dr luar negeri (bkn orang, barang, dll), asing: dgn perjumpaan ini, saya tidak berasa ~ lagi tinggal di sini; anak ~ orang asing, orang yg berasal dr tempat (negeri) asing; beras ~ beras yg diimport dr luar negeri; orang ~ a) orang asing; b) orang yg berniaga, saudagar; pegawai ~ pegawai yg bertugas di negeri orang; 2. orang yg merantau atau mengembara, perantau: akan Laksamana, ia berusung itu dipandang oleh segala ~; orang tua itu mudah menolong kalau di­minta, mudah membantu kalau ~ kesukar­an; 3. perniagaan, jual beli: aku fikir bukan perahu nelayan, harus perahu itu perahu ~; tanaman ~ tanaman yg hasilnya diperniaga­kan; 4. barangan utk diperniagakan, barang jualan: maka segala saudagar pun tiap-tiap negeri datanglah berniaga dan ~ pun ter­lalulah banyak masuk, tumpah-ruah; ~ melarat orang yg merantau dan hidup men­derita di tempat orang; ~ piatu orang asing seorang diri (sebatang kara); ~ senteri ber­bagai-bagai orang asing yg mendatang (sau­dagar, pelawat, pelajar, dll); laki pulang kelaparan, ~ lalu ditanakkan prb urusan sendiri ditinggalkan kerana me­men­tingkan urusan orang lain; perahu ber­tambatan, ~ bertepatan prb melakukan se­suatu hendaklah sesuai dgn tempatnya; berdagang 1. menjalankan perniagaan bia­sa­nya di tempat asing atau dgn pembeli atau penjual dr tempat (negeri) asing, berniaga, berjual beli: mereka ~ kain dan menjadi tukang jahit; dia memperoleh banyak ke­untungan dgn ~; 2. = ~ diri hidup (tinggal, diam) di negeri orang, merantau ke tempat (ke negeri) lain: sungguh-sungguh tidak disangka orang luar yg datang ~ ini menghitamkan kampung yg putih bersih itu; mendagangkan, memperdagangkan men­­jadikan (barang dll) sesuatu utk dijual beli, menjualbelikan (barang-barang perniagaan), memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sbg menjual kambing, lembu, atau ayam itik; Nakhoda Jaya telah diamanahkannya mem­perdagangkan barang-barang dagang­an­nya ke negeri-negeri lain; dagangan barang-barang yg diperdagangkan (diperniagakan atau dijualbelikan, biasanya di atau ke tempat atau negeri asing): pd ketika itu bapaku menjadi saudagar, membawa ~ belayar pergi datang ke negeri Siak; ~ bersambut a) dagangan yg diambil dgn ber­hutang; b) dagangan yg diamanahkan; ~ cer­gas urus niaga di pasaran saham dsb yg secara keseluruhannya memperlihatkan jumlah beli­an dan jualan yg besar; ~ keluar barang yg dieksport; ~ lembap urus niaga di pasaran saham dsb yg sangat perlahan dan ber­ku­rangan kerana pelabur tidak berminat utk memasuki pasaran atas sebab tertentu; ~ masuk barang yg diimport; ~ bersambut yg dia jual prb cerita dr orang lain yg di­ce­rita­kannya kembali; perdagangan perihal berdagang, urusan ber­niaga, perniagaan (biasanya antara negara-negara): cukai yg tinggi ke atas barang-barang yg diimport menyekat ~ antara dua buah negara itu; usaha-usaha utk memaju­kan ~ antara negara-negara yg sedang maju; ~ antarabangsa perdagangan antara negara-negara di dunia ini; ~ bebas perdagangan an­tara­bangsa yg tidak dikenakan sebarang se­katan spt kuota atau tarif terhadap barang import dr sesebuah negara; ~ entrepot per­dagangan mengimport barang utk dieksport semula (spt yg dijalankan di pelabuhan spt Singapura, Hong Kong, dll); ~ gelap perda­gangan yg dijalankan secara haram (tanpa mem­bayar cukai dll); pedagang orang yg menjalankan perniagaan (biasanya secara besar-besaran dan dgn negeri asing), orang yg berdagang, saudagar: kapal dan ~ Sepanyol telah diharamkan drpd me­rapati pantai negeri Jepun; ~ borong pedagang yg menjual dagangan se­cara borong kpd pekedai; ~ kecil pedagang yg berdagang dgn modal yg kecil; ~ perantara pedagang yg menjual barang-barang drpd sau­dagar besar kpd saudagar kecil, pedagang yg berlaku sbg orang tengah; ~ runcit orang yg menjual barang-barang terus kpd umum (iaitu pembeli atau pengguna sebenar) biasa­nya dgn sedikit-sedikit.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas