kursor rerambut silang(cross hair cursor) | Kursor atau penunjuk grafik bagi sistem CAD yang dibentuk daripada satu garis lurus menegak dan satu garis lurus mengufuk yang bersilang di kedudukan henti kursor. | Kamus Komputer |
kursor | penunjuk yg boleh dialih-alih, pd skrin atau pd paparan komputer yg menunjukkan tempat yg terkesan oleh input drpd pengguna. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kursor | (Komp) aksara yg digunakan sbg penanda kedudukan semasa pd tabir paparan komputer (biasanya aksara bongkah berkelip-kelip). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kursor(cursor) | Aksara yang digunakan sebagai penanda kedudukan aksara masa kini pada tabir paparan video. Penanda ini dikawal pergerakannya dari papan kekunci komputer. Aksara yang biasa digunakan ialah aksara bongkah berkelip atau penggaris bawah ( _ ). | Kamus Komputer |
pergerakan kursor mutlak(absolute cursor movement) | Pergerakan kursor komputer ke suatu kedudukan pada skrin yang ditentukan secara mutlak oleh pengguna. | Kamus Komputer |
penjejakan kursor(cursor tracking) | Proses mengekori pergerakan kursor pada paparan dengan menggunakan peranti pemilih, seperti pen pendigit atau tetikus. | Kamus Komputer |
kawalan kursor(cursor control) | Kemampuan mengerakkan objek atau paparan mengikut kedudukan kursor yang dikawal oleh pengguna. | Kamus Komputer |
bebola jejak(track ball) | Peranti input komputer yang digunakan sebagai penunjuk untuk mengawal kursor dan untuk memilih objek pada paparan. Peranti ini menggunakan bola yang apabila digerakkan akan menggerakkan kursor. | Kamus Komputer |
penuding(pointer) | 1. Kursor atau peranti lain yang berfungsi untuk menunjukkan objek. 2. Rekod yang mengandungi alamat bagi kedudukan dalam ingatan yang memegang data atau rekod lain. | Kamus Komputer |
undur ruang(backspace) | 1. Pergerakan kursor sebanyak satu ruang atau satu aksara ke belakang pada garis paparan, apabila kekunci undur ruang ditekan. 2. Pergerakan penunjuk medan fail sebanyak satu rekod atau satu medan ke belakang dalam susunan fail. | Kamus Komputer |