Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ku.sa] | کوسا

Definisi : sj tongkat yg berhujungkan kait besi (utk mengendalikan gajah), angkus, angkusa: maka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas; mengusa mengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata kusa


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
kusa-kusa; rumput ~ sj tumbuhan (rumput yg dijadikan makanan ternakan), Echinochola colona.Kamus Dewan Edisi Keempat
rumput kusa-kusasj tumbuhan (rumput yg dijadikan makanan ternakan), Echinochola colona.Kamus Dewan Edisi Keempat
kusasj tongkat yg berhujungkan kait besi (utk mengendalikan gajah), angkus, angkusa: maka Raja pun naik di kepala gajah memegang ~ emas; mengusa mengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa.Kamus Dewan Edisi Keempat
akus(Sanskrit) kusa gajah, besi kuasa (Kd).Kamus Dewan Edisi Keempat
mengusamengendalikan (mengawal) gajah dgn kusa.Kamus Dewan Edisi Keempat
angkusasj tongkat berkait utk mengemudikan gajah, kusa (gajah).Kamus Dewan Edisi Keempat
angkus, angkusa sj tongkat berkait utk mengemudikan gajah, kusa (gajah).Kamus Dewan Edisi Keempat
gajah1. sj mamalia dlm famili Elephantidae (berbadan besar dan mempunyai belalai dan gading); ~ Asia = ~ India, Elephas maximus; ~ Afrika, Loxodonta afrikana; ilmu (hikmat, mantera) ~ mantera yg menjadikan gajah jinak; 2. buah catur yg jalannya menyerong; 3. sesuatu yg besar; badak ~ badak yg besar; nyamuk ~ nyamuk yg besar; ~ bara gajah hitam; ~ barat permainan utk kanak-kanak; ~ guling perhiasan sanggul dgn dua untai bunga melati; ~ lalang gajah yg sudah jinak (tidak liar); ~ laut sj anjing laut, Mirounga spp.; ~ menung a) binatang yg besar (terutamanya dlm cerita); b) sj usungan berbentuk ikan laut utk pengantin; ~ menyusu atap tambahan atau yg disambung pd rumah, sengkuap; ~ mina a) walrus; b) sj perhiasan (makara); ~ patah permainan teka-teki; ~ tunggal gajah yg tidak bersama­-sama kawannya (sangat liar); spt ~ putih sesuatu yg mahal tetapi tidak berguna: kebanyakan perbadanan awam adalah spt ~ putih di bumi Afrika; ~ berak besar, kancil hendak berak besar juga, akhirnya kebebangan juga prb orang miskin menderita kerana mencontohi ke­hidupan orang kaya; ~ dialahkan oleh pelanduk prb orang berkuasa dapat dikalahkan oleh orang lemah; ~ dipandang spt kuman prb orang yg naik marah tidak gentar menentang orang besar mahupun lawannya; ~ ditelan ular lidi = ~ mati dicatuk katak prb anak golongan raja diperisterikan oleh orang kebanyakan; ~ lalu dibeli, kusa tidak terbeli prb mengerjakan sesuatu yg mustahak dgn tidak menghiraukan perkara-perkara kecil yg tidak kurang pentingnya bagi menjayakan pekerjaan tadi; ~ mati kerana gadingnya prb seseorang mendapat kemalangan kerana keunggulannya; ~ mati meninggalkan tulang prb jasa baik seseorang yg mati dikenang juga; ~ mati tulang setimbun prb orang kaya mati meninggalkan banyak hartanya; ~ seekor gembala dua prb a) seorang perempuan yg menduakan suaminya; b) dua orang memimpin satu pekerjaan; ~ sama ~ berjuang pelanduk mati di tengah-tengah = ~ bergajah-gajah pelanduk mati tersepit prb kalau orang besar-besar yg berselisih, rakyat yg mendapat susah; ~ turun di tengah rumah prb menanggung kesusahan kerana menerima kedatangan tamu agung (orang besar); bangkai ~ bolehkah ditutup dgn nyiru = spt ditempuh ~ lalu prb kejadian yg besar tidak dapat disembunyikan; spt ~ masuk kampung prb seseorang yg melakukan sesuatu sekehendak hatinya; spt ~ putih ditambat prb seseorang yg merugikan kita kerana menanggung sara hidupnya; spt ~ rompong belalai prb raja yg kehilangan kuasanya; gajah-gajahan 1. = main ~ main catur; 2. = sakit ~ penyakit yg menyebabkan kaki menjadi bengkak, untut; bergajah menaiki gajah: bala tentera ~;menggajah tampak spt gajah, kelihatan besar.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas