pula | 1. sekali lagi, berulang lagi, datang lagi, kembali lagi: kelmarin sudah tidak hadir, hari ini tidak hadir ~; nampaknya saya ini dicalonkan ~; 2. = lagi ~ lebih-lebih lagi, tambahan lagi: memang ia mempunyai kelayakan, lagi ~ ia seorang yg sangat suka berkhidmat; istimewa ~ lebih-lebih lagi; 3. juga (sama halnya dgn yg terdahulu): saya pun demikian ~; saya ~ yg menyokongnya; 4. gerangan, konon (yg bererti tah): apa ~ yg mengganggui fikirannya itu?; apa ~ ertinya hidup seorang yg telah putus harapannya? | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masih I | 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mati I | 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (percakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menyelesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pembunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (binatang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada semangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenarnya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt terlalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn sertamerta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn mengetepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolongmenolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (dihina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan menghilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengumpat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguhsungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak bergerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pelayaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (mengerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masih | 1 terus dlm keadaan sebelumnya; belum selesai: Ketika saya sampai, dia ~ tidur. 2 = ~ lagi ada lagi; tinggal lagi: Wangnya ~ sepuluh ringgit. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
membuka | 1 menjadikan tidak bertutup atau tidak tertutup lagi: Pagi-pagi lagi, ibu sudah ~ jendela supaya udara bersih masuk ke dlm rumah. 2 menjadikan tidak berpakaian lagi; melucutkan pakaian dsb: Sebelum memasuki masjid, kita hendaklah ~ kasut terlebih dahulu. 3 menjadikan tidak bersimpul lagi: ~ tali. 4 menjadikan tidak bergulung atau tidak berlipat lagi; mengembangkan atau membentangkan hingga tidak kuncup: ~ payung; ~ lipatan. 5 memulakan sesuatu usaha, kegiatan dll; mengusahakan sesuatu perkara dll: Syarikat Syamelin telah ~ beberapa buah kedai di merata-rata tempat di Semenanjung Malaysia. 6 menjadikan dpt dilihat atau diketahui: ~ rahsia. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mengulang | 1. melakukan sesuatu sekali lagi, berbuat lagi (apa yg telah dilakukan): yg salah dihukum supaya ia tidak akan ~ kesalahan-nya; 2. mempelajari kembali apa-apa yg telah diajarkan, menghafal pelajaran: tolong perhati-kan supaya anak-anak ~ pelajaran mereka di rumah; 3. pergi mendapatkan, mendatangi: terpaksalah datuk ~ isterinya yg baru itu bebe-rapa kali dlm seminggu; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulang | kembali semula; sekali lagi. ~ bicara perbicaraan yg diadakan sekali lagi. (hari) ~ tahun a. hari jadi. b. hari perayaan yg diadakan pd tiap-tiap tahun utk memperingati peristiwa penting (spt hari kemerdekaan). berulang 1 berlaku lagi: Peristiwa itu tidak akan ~. 2 kembali ke; pulang ke: Ia selalu ~ ke rumah emaknya. berulang-ulang 1 beberapa kali; kerap kali: Ayat itu dibacanya ~ supaya difahaminya. 2 selalu berulang-alik; selalu pergi balik. mengulang 1 melakukan apa-apa yg telah dilakukan sekali lagi: Ia tidak mahu lagi ~ kesalahannya. 2 mempelajari apa-apa yg telah diajarkan sekali lagi: Ia sedang ~ pelajaran sekolahnya. 3 pergi mendapatkan; menziarahi. mengulangi 1 melakukan sesuatu berulang kali; selalu sangat melakukan sesuatu: Ia ~ pertanyaan itu sehingga mendapat jawapannya. 2 kerap kali pergi menziarahi (menemui, menengok dll): Tuan Pengurus itu selalu ~ ladangnya. 3 menghafaz atau membaca semula apa-apa yg telah dipelajari banyak kali: Ahmad ~ pelajaran sekolahnya sebelum peperiksaan. ulangan sesuatu yg dilakukan sekali lagi; sesuatu yg diulang: Drama itu ialah siaran ~. perulangan hal berulang(-ulang). pengulangan hal atau perbuatan mengulang atau mengulangi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mati | 1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lagi | 1 masih (berterusan): ketika ~ kecil ketika masih kecil. 2 tambahan kpd yg sedia ada: Ambillah dua ringgit ~ utk perbelanjaan pulang. 3 dan; serta: Rumahnya cantik ~ bersih. 4 berulang spt semula: Bacalah surat itu sekali ~. Agaknya ia akan datang ~ hari ini. 5 lebih (baik, buruk, mahal dll): Bunga yg ini ~ cantik. 6 kata yg digunakan utk menegaskan (menguatkan) kata-kata sebelumnya: Belakang parang ~, kalau diasah nescaya tajam. ~pun, = ~ pula tambahan pula. lagi-lagi sentiasa; balik-balik: ~ hendak bergaduh, tidak pernah aman barang sekejap pun. lagikan bahkan; sedangkan: Serangga yg kecil itu ~ dpt membina bukit dgn mengangkut pasir sebutir demi sebutir. selagi 1 selama atau sementara masih: ~ hayat dikandung badan, aku tetap setia kpdmu. 2 pd ketika; semasa: Waktu tengah malam ~ orang tidur, dia duduk termenung di dlm biliknya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berulang | 1. kembali (ke), pulang (ke): kami selalu juga ~ ke mari kerana ayahanda bonda ada lagi; 2. dilakukan dll sekali lagi, berlaku (terjadi) lagi: kita tidak mahu tuduhan itu ~ lagi; ~ kali kerap kali, berkali-kali; | Kamus Dewan Edisi Keempat |