Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
lagu (kata nama)
1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,

2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,

Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu,


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lagu rakyatlagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun;Kamus Dewan Edisi Keempat
dumkasj lagu rakyat Rusia.Kamus Dewan Edisi Keempat
alalasj lagu rakyat Sepanyol.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengorkestrakanmempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
orkestra(orkéstra) pasukan pancaragam yg besar bilangan ahli muziknya dan sesuatu jenis alat muzik (terutama biola, trompet, sakso­fon, dsb) dimainkan oleh beberapa orang pemuzik dgn seorang memimpin pasukan ini: O~ RTM; ~ simfoni orkestra yg mempersem­bahkan atau memainkan simfoni; mengorkestrakan mempersembahkan atau menggubah (lagu atau muzik) utk orkestra: dia ~ beberapa buah lagu rakyat.Kamus Dewan Edisi Keempat
Inggerisrakyat negara England khususnya dan (kadangkala) Great Britain umumnya (biasanya dimaksudkan mereka yg berkulit putih); bahasa ~ bahasa sebagaimana yg dipertuturkan oleh orang Inggeris; lagu ~ lagu yg seni katanya dlm bahasa Inggeris; menginggeriskan 1. menterjemahkan sesuatu (ayat, ujaran) ke dlm bahasa Inggeris; 2. menjadikan sesuatu keinggerisan; keinggerisan terlalu terpengaruh oleh (terikut-ikut, bersifat, dsb) Inggeris atau cara Inggeris: bukan stail yg menunjukkan ketegasan fikiran melainkan betapa ~ cara kita berfikir; penggunaan kata-kata yg tidak tepat, stail yg ~, dan ayat-ayat yg tidak lengkap; penginggerisan perbuatan menginggeriskan sesuatu.Kamus Dewan Edisi Keempat
lagu1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjuk­kan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulang­ulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menya­nyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi.Kamus Dewan Edisi Keempat
radio1. pemancaran (penghantaran, pengirim­an, siaran) bunyi dll menerusi udara: baginda akan berucap kpd rakyat melalui ~; 2. = pemancar ~ tempat memancarkan bunyi dll menerusi udara, tetuang udara: warta berita dr ~ Malaysia; Jepun dgn perantaraan ~nya beberapa kali memberitakan kapal itu teng­gelam; 3. = pesawat ~ = peti ~ alat perka­kas utk menerima (menangkap) siaran menerusi udara: dr ~nya terdengar lagu-lagu instru­men­tal yg lembut; kereta ~ kereta peronda polis yg mempunyai sistem radio; ~ transistor radio kecil yg mudah dibawa ke mana-mana; meradiokan menghebahkan (mengumum­kan, menyiarkan) melalui radio.Kamus Dewan Edisi Keempat
bangsa1 kumplan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya: ~ Melayu. 2 kumpulan manusia yg menjadi rakyat sesebuah negara: ~ Malaysia. berbangsa 1 berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Melayu. 2 berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja ialah anak orang berasal lagi ~. kebangsaan hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. bangsawan 1 orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~, tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2 sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian: panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
bangsa1. kumpulan manusia yg sama asal usulnya serta serupa sifat-sifatnya: ~ Melayu. 2. kumpulan manusia yg menjadi rakyat sesebuah negara: ~ Malaysia. berbangsa 1. berasal dr sesuatu bangsa; termasuk dlm golongan sesuatu bangsa: Orang asing itu mencari seorang guru ~ Melayu utk mengajarkan bahasa Malaysia. 2. berasal dr keturunan orang mulia-mulia: Tun Teja adalah anak orang berasal lagi ~ kebangsaan hal yg berkaitan dgn bangsa; mengenai bangsa: lagu ~ Malaysia. bangsawan 1. orang yg berbangsa; orang dr keturunan yg mulia-mulia: Dia sebenarnya anak orang ~ , tetapi dia sengaja menyembunyikan hal itu. 2. sj pertunjukan sandiwara serta tarian dan juga nyanyian:panggung ~ panggung tempat bangsawan dipertunjukkan.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas