laksamana I | 1. sl gelaran yg tertinggi dlm angkatan tentera laut, raja laut: Datuk Bendahara memerintah negeri, ~ memerintah tentera laut; L~ Tun Tuah; 2. pangkat dlm angkatan tentera laut; naib ~ timbalan panglima angkatan tentera laut; ~ muda a) pangkat (dlm angkatan tentera laut) di bawah naib laksamana; b) Id pangkat di bawah laksamana. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
naib | 1. pengganti, wakil: ~ raja; ~ kadi wakil kadi di sesuatu tempat (utk menjalankan tugasnya); 2. penolong kpd, timbalan, ... muda; ~ yg dipertua penolong (timbalan) yg dipertua; ~ laksamana ark laksamana muda; 3. Id kadi; ~ johan pemenang kedua (dlm pertandingan). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laksamana | 1 gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. 2 pangkat yg tertinggi dlm angkatan laut. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laksamana | 1 gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. | Kamus Pelajar |
laksamana | 1. gelaran yg tertinggi dlm angkatan laut; raja laut: ~ Hang Tuah. 2. pangkat yg tertinggi dlm angkatan laut. | Kamus Pelajar |
gundah | 1. dukacita, sedih hati: setelah meninggalkan negeri ini saya akan terus ~ sehingga saya dapat datang sekali lagi; 2. sl rindu: marilah Laksamana, kita hendak mendengar khabar Inderaputera, ~nya kita akan Laksamana; bergundah berduka, bersedih: puteri bersedih ~ hati; menggundahkan mendukakan, menyedihkan, menyayukan: hal apakah yg ~ hatikau itu? kegundahan perihal gundah. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
dirus | dirus; mendirus menyiram: tiap-tiap petang kalau tidak hujan, Busu ~ pokok bunganya; mendiruskan menyiramkan: maka diambil oleh Raja air mawar tujuh buyung, maka disiramkan serta didiruskan pd tubuh laksamana; pendirusan 1. perihal atau perbuatan mendirus, penyiraman; 2. tempat atau bilik mandi; diris, jirus I. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
memberahikan | 1. mencintai dgn amat sangat, berahi akan: laksamana dlm negeri Majapahit diberahikan oleh perempuan; 2. membuat orang berahi (ghairah), mengghairahkan, menggiurkan: Minah pun muda juga dan masih ada daya penarik yg ~; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berpintu | 1. mempunyai pintu; 2. sl mengikut pintu, berperaturan: hatta maka Laksamana pun terlalu karib kpd raja, keluar masuk tiadalah ~ lagi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
karar | Ar 1. tenang, tenteram: negeri Melaka pun ~lah pd zaman Laksamana menjadi hulubalang itu; 2. tetap (berada di): maka ~lah Sang Sepurba menjadi raja. | Kamus Dewan Edisi Keempat |