laksana | 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. | Kamus Pelajar |
laksana | 1. sl keadaan (sesuatu benda dll), sifat, tanda; ~ isteri (perempuan) tugas yg patut dilakukan oleh perempuan; bukan ~ tidak ada samanya (tandingnya, lawannya); sifat tujuh ~ tujuh sifat (tanda) yg sempurna; 2. sl sebagai, seperti, umpama: cahaya giginya tiada tertentang nyata, ~ kilat semburmenyembur cahayanya; melaksanakan 1. sl membandingkan dgn, mengumpamakan sbg, menyamakan: tidak dapat dilaksanakan bulan dan matahari; 2. menjalankan (tugas, rancangan, dll), mengerjakan, menyelesaikan (sesuatu tugas dll): akhirnya kami berjaya ~ tugas yg berat ini; terlaksana boleh atau dapat dilaksanakan (rancangan, tugas, dll), tercapai (maksud, tujuan, cita-cita, dll): semua wanita lekas sekali menuduh laki-laki kejam, kalau niat hatinya tidak ~; perlaksanaan hasil drpd melaksanakan (mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dsb): meninjau ~ Rancangan Malaysia Ketiga; pelaksanaan perihal, perbuatan atau proses melaksanakan (menjalankan, mengusahakan) rancangan (tugas dsb): ~ KBSR (3M) tahap pertama sedang dijalankan oleh Kementerian Pendidikan; pelaksana orang (badan dsb) yg melaksanakan atau menjalankan sesuatu rancangan (tugas dsb): para pentadbir ini adalah ~ segala rancangan yg diputuskan oleh kerajaan. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
laksana | sebagai; seperti: Pasangan pengantin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1 membandingkan dgn; mengumpamakan. 2 menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan: Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. perlaksanaan hal terlaksana; hasil melaksanakan sesuatu: Dgn ~ skim caruman itu, maka dptlah orang kampung melabur. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
laksana | sebagai; seperti: Pasangan pengatin itu ~ cincin dgn permata. melaksanakan 1. membandingkan dgn; mengumpamakan. 2. menjalankan (tugas, rancangan dll); melakukan:Beta percaya bahawa Laksamana dan Sang Setia dpt ~ pekerjaan ini. terlaksana dpt dilaksanakan (bkn tugas, hasrat dsb); tercapai: Semoga hasrat kerajaan utk menjadikan negara ini sbg negara yg termaju akan ~. pelaksanaan perbuatan atau hal melaksanakan (mengusahakan, menjalankan) sesuatu: Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar telah ditubuhkan utk memastikan bahawa ~ rancangan pembangunan luar bandar berjalan dgn jayanya. pelaksana orang, badan dsb yg melaksanakan sesuatu (tugas, rancangan dll). | Kamus Pelajar |
gewang I | (géwang) 1. siput mutiara (digunakan utk perhiasan peti, butang, dll): giginya bersih laksana ~; 2. subang kecil. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berimbang | 1. sepadan, sebanding, setimbang, sama (banyak, berat, kuat, dll): tokong simbang tampak beratur, tampak dr Tanjung Jati, laksana ~ buah catur, raja mati, menterinya mati; 2. = berimbangan berbandingan (dgn), berpadanan (dgn), berpatutan (dgn): dia berusaha lebih giat lagi supaya pendapatannya ~ dgn perbelanjaannya; upah yg diberikan itu adalah ~ dgn kerja yg dibuatnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
macam | 1. keadaan sesuatu benda, bangsa, jenis, rupa: kain ini ada dua ~; 2. laksana, seperti, umpama: ~ rusa masuk kampung; 3. cara, kaedah: walau ~ mana sekalipun, ia mesti berjumpa dgn orang tuanya; apa ~ a) = ~ apa (mana) bagaimana; b) apa pendapatmu? semacam 1. sebangsa, sejenis; 2. sebagai, serupa, seperti: adakah orang ~ saya mena-ruh khianat di dlm hati; bermacam berbagai(-bagai); bermacam-macam, macam-macam berbagai-bagai, berjenis-jenis, berupa-rupa; mempermacam-macamkan memperbuat dll bermacam-macam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
golok I | 1. sj parang yg matanya diasah melengkung; ~ Rembau sj senjata yg matanya diasah melengkung (penumbuk lada); 2. Jk sj pedang pendek: ~ Sunda pedang Jawa; laksana ~ kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku prb pengetahuan yg tidak mencukupi tidak ada gunanya; menggolok menetak atau memotong dgn golok. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
cembul | 1. tempat gambir (pinang, kapur, dll) yg dibuat drpd logam (ditaruh dlm tepak atau puan); 2. = ~ pedang kepala hulu pedang yg bulat mungkum bentuknya; ~ dapat tutupnya = laksana ~ dgn tutupnya prb bersetuju (sesuai) benar antara satu dgn yg lain (cocok sekali). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mestika | 1. sj batu sakti (terdapat dlm kepala ular dll), geliga, gemala; ~ embun sl sj batu sakti yg boleh menghidupkan orang mati; 2. permata yg bernilai (intan dll); 3. ki yg termolek, yg tercantik; laksana ~ gamat prb utk mengatakan rupa atau kelakuan atau perkataan yg baik; 4. ki sesuatu yg disayangi (dikasihi); ~ hati kekasih. | Kamus Dewan Edisi Keempat |