lalap II | Br kepingan daging kerbau, lembu, dll yg dikeringkan, dendeng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lalap I | daun atau buah yg dimakan mentah dgn nasi, ulam; melalap memakan ulam, makan berulam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkirai lalap | = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Trema virgata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengkirai | sj tumbuhan (pokok), membatu merah, Ilex cymosa; ~ lalap = ~ padi sj tumbuhan (pokok renek), Trema virgata. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rumbah | berbagai-bagai daun mentah yg dimakan bersama-sama dgn nasi, lalap, ulam. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ulam I | 1. daun-daunan atau buah-buahan mentah (spt daun pegaga, petai, dll) yg dimakan dgn nasi, lalap: kami di rumah makan ~ pucuk janggus dgn sambal belacan; 2. = ulam-ulam, ulaman ki perempuan simpanan, gundik; ~ mencari sambal prb perempuan mencari (mendatangi) lelaki; hendak ~ pucuk menjulai = pucuk dicita ~ tiba prb yg diperoleh lebih baik drpd yg dikehendaki; ulam-ulaman berbagai-bagai jenis ulam: ~ spt pucuk paku, pucuk gajus, pucuk ubi kayu, dan pegaga sering terdapat di restoran itu; berulam makan nasi dgn ulam: saya suka makan ~; makan ~ ki sudah beristeri; berulamkan memakan sesuatu sbg ulam: kamu makan tengah hari tadi ~ apa? | Kamus Dewan Edisi Keempat |