lambai | ; melambai, melambai-lambai 1 menggerakkan tangan turun naik (utk memanggil, memberi isyarat dll): Siapa yg ~ di seberang jalan itu? 2 bergerak-gerak turun naik (bkn daun, bendera ditiup angin dll). melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan (tangan, sapu tangan dsb) turun naik. lambaian 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lambai I | ; melambai, melambai-lambai 1. bergerak-gerak turun naik (tentang tangan) utk memanggil dll: kereta api pun bergerak, kulihat tangan suamiku ~; 2. = berlambai-lambai bergerak-gerak turun naik (spt daun ditiup angin dll): daun-daun padi ~ ditiup angin; 3. ki menyeru, memanggil (hampir kpd): badan awak itu bukan semakin muda, liang lahad sentiasa melambai-lambai awak; melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan turun naik (tangan, bendera, dll): dia ~ tangannya kpd Wahab; lambaian 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggilan syaitan; pelambai; sepelambai ukuran jauh sejauh orang melambai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambaian | 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2 gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lambaian | 1. perbuatan melambai-lambai atau menggerakkan turun naik (tangan dll): ratusan tangan membalas ~ tanganku; 2. ayunan (daun-daun ditiup angin dll), goyangan: ~ daun kelapa; 3. sl perihal memanggil (mengajak dll), panggilan; ~ syaitan panggilan syaitan; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lambaian | 1 gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). | Kamus Pelajar |
lambaian | 1. gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2. gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). | Kamus Pelajar |
isyarat | 1 segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2 = ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
isyarat | 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, lambaian tangan dll) yg digunakan sbg tanda; alamat: Dia memberi ~ dgn menganggukkan kepalanya. 2. =ilmu ~ ilmu ghaib atau ilmu sakti: Drpd guru itulah mereka belajar pencak silat, ~ hulubalang dsb. | Kamus Pelajar |
lambai | melambai, melambai-lambai 1. menggerakkan tangan turun naik (utk memanggil, memberi isyarat dll): Siapa yg ~ di seberang jalan itu? 2. bergerak-gerak turun naik (bkn daun, bendera ditiup angin dll). melambaikan, melambai-lambaikan menggerak-gerakkan (tangan, sapu tangan dsb) turun naik. lambaian 1. gerakan tangan yg turun naik (utk memanggil dsb). 2. gerakan turun naik (kerana ditiup angin dll). | Kamus Pelajar |
isyarat | Ar 1. segala sesuatu (spt gerakan kepala, kejipan mata, lambaian tangan, dll) yg dilakukan sbg tanda, alamat: ia melambaikan tangannya memberi ~ masuk; 2. sl = ilmu ~ ilmu ghaib (sakti dll): tetapi lebih juga diajarnya akan Hang Tuah barang ilmu dan ~; maka dinaiki punggung gajah dgn ~, maka berapa pun digerak tiada juga berjalan gajah itu; berisyarat mempunyai isyarat; berisyaratkan menggunakan sesuatu sbg isyarat: aksi yg lebih banyak ~ kenyitan dan kerlingan; mengisyaratkan 1. memberi isyarat kpd, menggunakan sbg isyarat: ia diisyaratkan oleh ibunya utk memberi hormat kpd orang itu; 2. memberi isyarat (dgn): ketika aku hendak menyanyi tangannya diangkat ~ agar aku diam; 3. menggunakan sesuatu sbg isyarat: dgn dua helai daun kayu yg diisyaratkan sbg kepala bapa mereka, kedua-duanya akan terus berkelahi; terisyaratkan dapat diisyaratkan: kemungkinan sesuatu yg tidak ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |