landa I | ; melanda 1. memasuki atau menimpa (sesuatu) dgn keras (hebat, paksa), melanggar, merempuh, menempuh: sekali bergegar juga gubuk itu dilanda angin; kalau musuh hendak ~ tanah air kita, langkah mayat pemuda pemudinya dahulu; 2. ki menimpa (menguasai): sekarang putus asa ~ jiwanya; melandai menempuhi (dgn paksa), melalui: ia ingin mencari hidup yg lebih bagus drpd yg pernah dilandainya; terlanda terlanggar, dirempuh: ingat, jangan ~ anak isteri orang apabila berjalan-jalan di pasar; landaan hasil melanda, rempuhan: kesan drpd ~ hujan asid itu; pelandaan perbuatan melanda: peluasan kuasa penjajah merupakan satu proses ~ yg agak mustahil dapat dibendung. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
landa I | ; melanda 1 masuk dgn paksa atau dgn keras; merempuh; melanggar: Pagar di keliling stadium itu runtuh dilanda orang. 2 ki datang menimpa dsb dgn banyak (bkn perasaan dll). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
landa I | melanda 1. masuk dgn paksa atau dgn keras; merempuh; melanggar:Pagar di keliling stadium itu runtuh dilanda orang. 2. ki datang menimpa dsb dgn banyak (bkn perasaan dll). | Kamus Pelajar |
menerjah | 1 menyerbu, melanda, merempuh dsb dgn tidak mempedulikan apa-apa; melanggar: Berbekalkan wang RM5,000, Izat ~ kabus desa dgn teksi menuju ke Kuala Lumpur. 2 tiba, datang dsb dgn laju dan cepat lalu masuk ke dlm atau melanda sesuatu: Pemain itu melakukan sepakan kencang dan bola terus ~ jaring pasukan lawan. Persoalan benarkah kata-kata itu terus ~ fikiranku. Kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
terjah | ; menerjah 1 menyerbu, melanda, merempuh dsb dgn tidak mempedulikan apa-apa; melanggar: Berbekalkan wang RM5,000, Izat ~ kabus desa dgn teksi menuju ke Kuala Lumpur. 2 tiba, datang dsb dgn laju dan cepat lalu masuk ke dlm atau melanda sesuatu: Pemain itu melakukan sepakan kencang dan bola terus ~ jaring pasukan lawan. Persoalan benarkah kata-kata itu terus ~ fikiranku. Kertas-kertas usang yg menyelimutinya melayang diterjah angin. menerjahkan 1 menghulurkan (senjata, kayu dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Mangsa serangan mengelak drpd terkena senjata tajam yg diterjahkan ke arahnya. 2 mengemukakan (soalan, kemusykilan dsb) secara mendadak atau dgn tiba-tiba: Tanpa henti, para penonton ~ soalan-soalan yg berkaitan dgn tajuk ceramah. terjahan yg diterjahkan; hasil menerjah: ~nya yg mendadak merenggut tali penambat di pancang. Dia membiarkan cebisan surat berselerak akibat ~ angin yg sekali-sekala demikian menggila. penerjahan perihal, perbuatan dsb menerjah atau menerjahkan. penerjah sesuatu atau seseorang yg menerjah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |