lanjur | 1. ark tersorong atau terlangsung ke depan; 2. terus, tidak berhenti; melanjurkan melanjutkan atau melewat-lewatkan (masa, perbincangan, dll), memanjangkan; terlanjur 1. tersorong ke depan: ~ perahu boleh ditarik; 2. terlampau, melebihi batas, sudah melakukan (memperkatakan dll) sesuatu: saya minta maaf atas segala perbuatan saya yg ~ itu; perangaimu memang sudah ~; 3. = terlanjurkan senyampang, justeru, sementara: jadi ~ ada peluang bersekolah itu, belajarlah baik-baik; terlanjur-lanjur terlangsung atau tersorong jauh (dr batas, ukuran, dll): kerap mulutnya ~ sahaja menyebut mati; telanjuran sl kebetulan, senyampang: ~ tuan datang ke rumah ini, hendaklah anakanda makan nasi sesuap dgn sepertinya; keterlanjuran perihal terlanjur: kian terasalah olehnya salah dirinya atas ~nya itu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lanjur | melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1. terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2. sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas:Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3. kebetulan; justeru: ~ awak hendak pulang, bolehkah saya menumpang kereta awak? keterlanjuran perihal terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. | Kamus Pelajar |
lanjur | ; melanjurkan memanjangkan masa (perbincangan dll). terlanjur 1 terdorong; terlangsung: ~ perahu boleh ditarik. 2 sudah memperkatakan atau melakukan sesuatu; melebihi batas: Apa boleh buat, sudah ~ kata. 3 kebetulan; justeru: ~ ada peluang belajar, eloklah kamu mengambilnya. keterlanjuran 1 perbuatan, perlakuan, kata-kata dsb yg terlanjur: Saya minta maaf atas ~ saya. 2 keadaan atau perihal terlanjur: ~ kata-katanya boleh membawa padah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
telanjur I | 1. melampaui (melebihi, melewati) had (tujuan dll) yg tertentu, terlampau: dia pergi ke pekan utk membeli barang-barang tetapi ~ sampai ke panggung wayang; 2. tersasul, terdorong, terlangsung (perkataan, perbuatan): perkataannya sudah ~; 3. sudah terdahulu berbuat sesuatu: dia sudah ~ makan sebelum datang ke kenduri; 4. sudah melampaui batas, sudah berlebih-lebih: hukuman yg dikenakan itu ~ sangat; ketelanjuran perihal telanjur, keterlaluan: dia menyesal atas ~nya mengeluarkan kata-kata celopar yg tidak selayaknya itu; ® lanjur. | Kamus Dewan Edisi Keempat |