Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lantai 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
platform1. lantai yg ditinggikan sbg pentas utk penyanyi (pelakon dsb); 2. lantai yg di­tinggikan di stesen kereta api utk memudah­kan para penumpang naik turun dr kereta api; 3. dasar, (prinsip sesuatu parti politik dll), asas perjuangan; ~ parti dasar (rancangan dll) parti.Kamus Dewan Edisi Keempat
panggung1. lantai yg bertiang (utk meninjau-ninjau dll); rumah ~ a) rumah yg bertiang (tinggi); b) rumah bertingkat; 2. pentas tinggi tempat bermain sandiwara dll; ~ wayang (gambar) tempat menayangkan wayang gambar; seri ~ pelakon bangsawan (sandiwara) yg utama (terkemuka); 3. tempat duduk penon­ton yg tinggi (di stadium dll); 4. penonton wayang dll; berpanggung mempunyai panggung: rumah Melayu awal ialah rumah ~ dan berbumbung lipat kajang; memanggung mengangkat; ~ kepala meng­angkat kepala: Tukya ~ kepala melihat Besah yg bertimpuh di sisi Lamin; memanggungkan memainkan sandiwara di panggung, mementaskan; panggungan 1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2. penonton (wayang dll); pemanggungan kegiatan (usaha) memper­sembahkan sandiwara di panggung, pemen­tasan (sandiwara) di panggung: di tangannya sudah ada tradisi penulisan skrip, pengarahan, ~, dan aspek-aspek pementasan yg lain.Kamus Dewan Edisi Keempat
lantai1 dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2 ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1 memasang atau membuat lantai. 2 rata spt lantai.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lantai1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan dll); 2. geladak perahu; ~ bilah = ~ pelupuh dasar (rumah dll) yg dibuat drpd belahan buluh; ~ selisih lantai sesebuah rumah yg se­bahagiannya kira-kira setengah tingkat di atas atau di bawah aras lantai yg bersebelahan; besi ~ kepingan besi yg pipih lebar; datar bak ~ papan, licin bak dinding cermin prb sesuatu hukuman yg adil atau fikiran (pertimbangan) yg baik; mencari ~ terjungkit prb suka mencari kesalahan orang bawahan supaya dapat disengsarakan; menjungkit­-jungkit bagai bilah ~ prb hal kelakuan yg mengada-ngada akan sesuatu yg baru di­peroleh (spt kekayaan, kebesaran, dll); berlantaikan menggunakan sbg lantai: bangunan lama itu beratapkan rumbia, ~ dan berdindingkan papan; melantai 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.Kamus Dewan Edisi Keempat
panggung1 lantai yg dibina agak tinggi utk tempat bermain sandiwara dll; pentas: Dia memang sudah biasa bernyanyi di ~. 2 tempat duduk yg bertingkat-tingkat utk penonton: Penonton terlalu banyak sehingga ~ menjadi penuh sesak. ~ wayang bangunan berpentas tempat menayangkan wayang gambar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
pentas1. lantai (di rumah dll) yg ditinggikan utk tempat tidur (tempat memasak); 2. tempat yg ditinggikan utk bermain sandiwara dll, panggung: ~ bangsawan; presiden telah di bawa ke ~ khas itu tempat beliau telah menerima tabik; orang berdendang di ~nya prb orang berkuasa di rumahnya sendiri; mementaskan memainkan (sandiwara dll) di pentas: mereka telah ~ drama “Harimau Johor” pd minggu lalu di panggung Victoria; pementasan perbuatan mementaskan (san­diwara dll): menikmati hasil ~ anekawarna.Kamus Dewan Edisi Keempat
panggungan1. lantai yg tinggi utk meninjau (menonton dll); 2. penonton (wayang dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
menyapu1. membersihkan lantai dgn sapu: ~ lantai; 2. mengesat, menghapuskan, mengusap: sambil mengesat ia ~ air mata-nya; 3. = menyapu-nyapu mengesat-ngesat, menggosok-gosok, mengusap-usap: dilucut-kan kaca matanya, disapu kedua-dua belah matanya; 4. mencecah ke (kerana terlalu tinggi), sampai ke: di dlm gelubur, gemal-gemal padi tersusun hingga ~ alang pondok; 5. melumas (dgn cat, kapur, dll): rumah pengantin itu sedang dibaiki dan disapu cat; 6. melumur (bedak ke muka dll); 7. bp melenyapkan sama sekali (wang dll), me-ngambil habis, membinasakan sama sekali: wangnya habis disapu oleh Cik Rafeah; ~ bersih (licin) mengambil (memperoleh, me-menangi, dsb) kesemuanya;Kamus Dewan Edisi Keempat
lantai1. dasar rumah (yg dibuat drpd papan, buluh dll): ~ rumahnya sudah lapuk. 2. ki bahagian dasar pd sesuatu yg agak rata. melantai 1. memasang atau membuat lantai. 2. rata spt lantai.Kamus Pelajar
melantai1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas