Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[la.ra.ngan] | لارڠن

Definisi : 1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[la.ra.ngan] | لارڠن

Definisi : 1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata larangan


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nahiAr yg terlarang (oleh agama Islam), larangan; ~ Allah larangan Allah.Kamus Dewan Edisi Keempat
larangan1 perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2 sesuatu yg dilarang: Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
larangan1. sesuatu yg dilarang atau ter­larang: bagindalah yg meletakkan kekuning­an ~; seluruh kawasan hutan di keliling kam­pung itu adalah kawasan ~ belaka; 2. perintah melarang (sesuatu perbuatan), tegahan: ~ keluar rumah itu berlaku mulai hari Khamis ini;Kamus Dewan Edisi Keempat
larangan1. perintah melarang drpd melakukan sesuatu; tegahan: Tidak seorang pun yg berani melanggar ~ itu. 2. sesuatu yg dilarang:Seluruh kawasan pantai itu diisytiharkan sbg kawasan ~.Kamus Pelajar
tegahsesuatu yg tidak dibenarkan, larangan, lwn suruh (perintah): dgn jalan tafsir dapat mengetahui suruh dan ~, halal dan haram; ~ larang(an) barang apa yg terlarang; ~ suruh larangan dan perintah; menjauhkan (meng­hentikan) ~ tidak melakukan apa-apa yg ter­larang; bertegah terlarang; tidak ~ tidak dapat dilarang, tidak terlarang; menegah 1. tidak membenarkan (melakukan sesuatu), melarang: Islam ~ seorang laki-laki berkhalwat dgn perempuan yg halal nikah dengannya; 2. menahan (drpd melakukan sesuatu), mencegah, menghalang: maka di­tegah oleh Bendahara, tiada diberinya me-lawan; tegahan apa yg ditegah, larangan, sekatan: di sana tidak ada ~ membuang sampah.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantang1. = pantangan sesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau keper­cayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut); 2. = pantangan makanan (minuman) yg ditegah (terlarang) utk sesuatu penyakit dll: penyakit gatal ini ~nya ialah udang; daging lembu ialah ~ bagi orang yg beragama Hindu; 3. keadaan tidak boleh melakukan atau me­makan sesuatu (bkn perempuan sewaktu 44 hari selepas bersalin dll): keadaan Minah selama dlm ~, tidur baring di atas penyalai; memang laki-laki ~ surut; dlm ~ dlm keadaan tidak boleh berbuat sesuatu yg terlarang selama 44 hari (bkn perempuan yg baru bersalin), dlm hari; makan ~ makan dgn tidak boleh memakan makanan tertentu; 4. tidak mahu (suka): Lahuma tersangat ~ padinya dikacau musuh; dia kepala batu, ~ menyerah; 5. tidak dapat (boleh): orang sini ~ tengok orang yg belum berkahwin; musuh ~ dicari musuh tidak boleh (jangan) dicari; 6. = kepantangan sesuatu yg tidak disukai (dibenci, dikutuki); ~ gelanggang perbuatan yg dilarang me­lakukannya sewaktu menyabung ayam; ~ larang = ~ pemali bermacam-macam pantang atau larangan; ~ kutu dicukur, ~ manusia dihina prb berhati­-hati bercakap supaya jangan sampai menghina orang yg dilawan bercakap; ~ lang dgn ayam lambat-laun disambar juga prb a) lelaki kalau berdekatan (bergaul) dgn perempuan akhirnya jadi tidak baik jua; b) pencuri tidak boleh melihat harta orang, lambat-laun dicurinya jua; ~ mati sebelum ajal prb tidak akan mati sebelum waktunya; ~ si tegang dibawa mengetul prb orang keras kepala tiada dapat men­dengar kata (nasihat) orang; berpantang 1. mempunyai pantang (tidak boleh makan dll sesuatu, tidak mahu atau tidak suka, tidak dapat atau tidak boleh): ~ ayam dan daging; 2. ada larangannya, tidak bebas: maka Hang Tuah pun keluar masuk tiada ~ lagi; jenaka Amerika timbulnya secara meluap-luap dan spontan, berbanding dgn jenaka Inggeris yg berpantang-pantang; memantang 1. sengaja tidak mahu me­makan dll sesuatu; ~ kopi tidak mahu me­minum kopi; 2. menolak, menampek; tiada ~ lawan tiada menolak lawan; memantangkan menjadikan pantang, me­larang memakan (melakukan dll) sesuatu: makanan-makanan ini tidak dipantangkan kpd semua orang; tiada ~ barang sesuatu pekerjaan apa-apa pekerjaan pun dikerjakan; pantangan pantang, larangan, makanan (mi­numan) yg terlarang; kepantangan pantang, yg tidak disukai: bergambar bertiga itu ~ orang tua-tua; bagai memegang buah ~ beruk, ditelan mati emak diluahkan mati bapa prb serba salah; pejatian awak ~ orang prb berbeza (berten­tangan) pendapat dgn orang ramai; perpantangan bkn pantang: barang ~; pemantangan perihal atau perbuatan me­mantang atau memantangkan: kehamilan yg kerap dan ~ makanan yg berulang kali tidak memberi peluang kpd ibu yg bersalin utk kembali pulih kpd keadaan kesihatan yg asal.Kamus Dewan Edisi Keempat
pantangansesuatu yg dilarang melakukannya (menurut adat atau kepercayaan), larangan: bagi ibu-ibu yg sihat tiadalah apa-apa ~ atau larangan yg dikenakan tentang apa-apa makanan; ~ di hutan (di laut) sesuatu yg tidak boleh disebut atau dibuat sewaktu di hutan (di laut);Kamus Dewan Edisi Keempat
cara1. aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu: kalau sudah tahu ~ menyimpan wang di bank senanglah; 2. gaya (spt bentuk, fesyen, rupa, dll): cerita itu banyak mengikut ~ drama Shakespeare; 3. laku, macam, ragam, seperti: elok kita selesaikan perkara ini ~ adik-beradik sahaja; 4. adat resam, keadaan (aturan) yg lazim dilakukan, kebiasaan: tiap-tiap satunya menimbulkan suatu ~ hidup yg tertentu dan berhubung dgn ini pula terdapat larangan-larangan; 5. dlm bahasa atau loghat: bertanya ~ Cina; secara 1. dgn cara (jalan dll): ayah dan ibunya dibunuh ~ kejam; ~ kasar dapat dijelaskan sebabnya; 2. sebagai, selaku: hadapilah musuhmu ~ pahlawan; cara-cara 1. berbagai-bagai cara; 2. aturan­-aturan, contoh-contoh; 3. upacara.Kamus Dewan Edisi Keempat
taman larangansl taman bunga khas utk puteri-puteri diraja sahaja;Kamus Dewan Edisi Keempat
tabuh larangantabuh di istana raja yg hanya dipalu apabila ada hal-hal yg penting;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas