lari berantai | lari berganti-ganti (bersambung-sambung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
berantai | 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-sambung); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersambung | 1. berhubung dgn (tali dll), bercantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-panjangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan); | Kamus Dewan Edisi Keempat |
sambung | ; ~ tangan ki pertolongan, bantuan; bersambung 1. berhubung dgn (tali dll), bercantum dgn, berkaitan dgn: anjung rumah itu ~ dgn rumah ibu; 2. berlanjutan, ber-panjangan, berturut-turut: ketawanya ~ lagi tanda benar-benar geli hati; lari ~ Id lari berganti-ganti; 3. diberi tambahan: pita yg ~; ~ berulas tangan ki mendapat bantuan (pertolongan); sambung-bersambung berlanjut-lanjutan, beruntun-runtun, berganti-ganti; menyambung 1. menjadikan lebih panjang dgn tambahan (tali, perbualan, cerita, dll), memanjangkan, meneruskan (perbualan, permainan, dll): jalan raya itu akan disambung lagi pd tahun depan; ibarat ~ nak panjang, ibarat menyebar nak lebar; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (benda yg putus-putus dll): ayah saya sedang ~ rantai basikal dgn dawai; 3. menghubungkan (telefon yg mendapat panggilan dgn sambungan-sambungan lain); sambung-menyambung 1. bersambung-sambung terus; 2. sambung-bersambung; menyambungkan 1. memanjangkan (cerita, perbualan, dll), meneruskan: apa yg saya usahakan selama ini ialah mencari wang dan ~ pasport; dia ketawa, dan kemudian ~ semula percakapannya; 2. menghubungkan sesuatu dgn yg lain (perkara yg putus-putus dll): leher itu ~ kepala dgn badan; 3. meng-gunakan sesuatu utk menyambung; 4. menyam-bung utk (orang lain): dia ~ anaknya tali itu; sambungan 1. tambahan (utk memanjang-kan sesuatu), lanjutan (perbualan, cerita, dll): ada ~nya lagi; 2. sesuatu yg telah disambung; ~ tangan penolong, pembantu; 3. talian telefon drpd telefon utama, yg disambungkan ke beberapa bahagian lain dlm sesebuah bangunan: ~ telefonnya di pejabat ialah 2751; bersambungan mempunyai sambungan (tam-bahan, lanjutan); kata ~ Id kata terbitan; persambungan perihal (keadaan dsb) ber-sambung atau berterusan, kesinambungan, kelanjutan (kpd sesuatu yg sebelumnya): ~ istiadat itu selepas zaman Melaka juga agak sukar dikesan; budaya popular merupakan ~ budaya tradisi; penyambungan perihal menyambung, pe-nerusan: hari ~ pembicaraan itu telah pun ditetapkan; penyambung 1. sesuatu (alat dll) yg menyam-bung atau meneruskan, penghubung; tanda ~ tanda sempang; 2. orang yg menyambung atau meneruskan sesuatu usaha, tugas, dll: kamu semua adalah ~ usahaku; ~ lidah orang perantaraan, jurubicara. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
rantai | 1. sj tali drpd cincin-cincin logam yg berkaitan: ~ emas; ~ leher; ~ basikal rantai yg menghubungkan pendayung basikal dgn roda belakang (utk menjalankannya); orang ~ orang hukuman yg dikenakan rantai; 2. = rantaian untaian, deretan, rangkaian, rentetan, deretan memanjang, leretan: konfrontasi, putusnya hubungan diplomatik dgn Filipina, Indonesia, dll merupakan ~ drpd beberapa peristiwa penting dlm sejarah Malaysia; 3. ikatan, kaitan, pertalian: ~ kasih dan tulus mesra; 4. ki sesuatu yg mengikat (tidak bebas): dgn pinjaman yg murah bunganya dan lanjut masa pembayarannya, terselamatlah penduduk-penduduk luar bandar drpd ~ orang tengah; 5. ukuran panjang yg panjangnya 22 ela atau 20.117 meter: rumahnya terletak kira-kira empat ~ dr situ; ~ kangkang rantai yg dikenakan pd kaki orang salah, belenggu; berantai 1. memakai rantai: masakan orang laki-laki ~ leher; maka ditambat seekor anjing, diberinya ~ emas; 2. = berantai-rantai berangkai-rangkai (berangkaian), berturut-turut, bersambung-sambung: peristiwa sejarah yg ~ ini diikuti pula oleh peristiwa perang Naning; lari ~ lari berganti-ganti (bersambung-sambung); reaksi ~ reaksi yg berangkai-rangkai (bersambung-sambung); merantai 1. mengikat dgn rantai, membelenggu: panglima Hitam dirantai lalu ditolak tersungkur ke lantai; 2. ki menghambat, menyekat: kau sudah tidak rindu akan kampungmu sebab hatimu telah dirantai kota; rantaian untaian, rangkaian, rentetan, runtunan; orang ~ orang rantai; perantaian orang hukuman yg dirantai, orang rantai. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
estafette | (estafétte) IB perlumbaan lari (berenang) berganti-ganti. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hilang | 1. tidak kelihatan lagi, lenyap, tiada lagi: kebakaran itu telah menyebabkan dua belas keluarga ~ rumah mereka; takkan Melayu ~ di dunia; 2. tidak ada lagi sesuatu perasaan (spt marah, benci, suka, dsb), kepercayaan, pertimbangan, dsb: perasaan marahnya masih belum ~ lagi; orang ramai telah ~ kepercayaan terhadapnya; dia telah ~ perhitungan dan terus menikam lawannya; 3. tidak dikenang lagi, telah dilupakan, lenyap: jasanya yg bertahun-tahun ~ begitu sahaja akibat perbuatannya yg tidak amanah itu; 4. (bkn suara) tidak dapat dikeluarkan: suaranya ~ kerana terlalu banyak bercakap; 5. (bkn bunyi, suara, dsb) tidak ada atau tidak kedengaran lagi: bunyi siren itu semakin lama semakin ~ drpd pendengaran kami; 6. mati, mangkat, meninggal: adapun ia hidup kemudian drpd makzulnya sembilan tahun, setelah itu ia pun ~; ~ akal a) tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa yg harus dibuat; b) agak gila (kerana hairan, kalah bertengkar, dll); ~ dara sudah tidak dara lagi (bkn gadis yg telah dinodai); ~ harapan tidak mempunyai harapan lagi; ~ hayat, padam jiwa mati; ~ ingatan = ~ fikiran = ~ arwah = ~ semangat a) pengsan; b) tidak berakal lagi; ~ malu tidak ada perasaan segan (melakukan pekerjaan yg hina lagi keji); ~ nyawa mati; ~-~ timbul a) tidak kelihatan (kedengaran) nyata; b) sebentar ada sebentar tiada; ~ adat tegal muafakat prb adat boleh diubah dgn persetujuan orang ramai; ~ bini boleh dicari ~ budi badan celaka prb fikiran yg jahat akan membahayakan diri sendiri; ~ dicari, terapung direnangi, terbenam diselami prb a) memeriksa sesuatu dgn cermat; b) menolong orang yg sedang kesusahan; ~ di mata, di hati jangan prb walaupun berjauhan tempat tinggal, tetapi selalu diingat dlm hati; ~ ikan dlm kerabu prb kejahatan akan hilang jahatnya apabila tiap-tiap orang ikut mengerjakannya; ~ jasa beliung, timbul jasa rimbas prb lain orang yg berbakti, lain pula orang yg dipuji; ~ kabus, teduh hujan prb mendapat kesenangan setelah menderita kesusahan; ~ kepala kura-kura ditelan oleh dadanya prb orang yg hina tetapi berilmu tetap akan dihormati ramai; ~ kilat dlm kilau prb kepandaian (kebesaran) seseorang tidak kelihatan apabila ia bergaul dgn para cerdik pandai (orang-orang besar); ~ pelanduk berganti kijang emas prb perempuan yg bercerai dgn suaminya yg hina kemudian berkahwin dgn lelaki yg mulia; ~ rona kena penyakit, ~ bangsa tidak berwang prb orang yg tidak berharta kurang dihargai ramai; ~ sepuh nampak senam prb kejahatan seseorang diketahui apabila terbuka rahsianya; ~ tak tentu rimbanya prb hilang tak berbekas; ~ tapak tukul, timbul tapak canai prb perbuatan baik atau jahat akan hilang dilindungi oleh perbuatan orang yg kemudian; ~ tentu rimbanya, mati tentu kuburnya prb sesuatu perkara yg tentu kesudahannya; ~ tukul ~lah pahat prb tidak dapat berbuat sesuatu kalau tidak berteman; patah tumbuh, ~ berganti prb terus-menerus ada gantinya; pertama ~, kedua terbilang prb berani melakukan pekerjaan berbahaya utk kepentingan umum; tonggang ~ berani mati prb sikap gagah berani (tidak gentar) utk menjalankan kewajiban; menghilang menyebabkan tidak nampak lagi, melenyapkan diri: orang yg menikamnya cabut lari dgn cepatnya lalu ~; menghilangkan menyebabkan jadi hilang, melenyapkan, menghapuskan, meniadakan: di kedai itu dia berhenti utk melepaskan lelahnya dan ~ dahaganya; ia pun ~ dirinya di dlm gelap dan menyusup balik ke biliknya; kehilangan 1. perihal hilangnya sesuatu, kematian: ~ seorang isteri atau seorang suami yg demikian tentulah membawa kpd kesedihan; 2. menderita kerana hilang sesuatu: jika orang itu gempar ~ kerbaunya katakan aku tahu bertenung menentukan di mana-mana tempat kerbau itu; ~ muka mendapat malu; ~ nama mendapat nama yg buruk; penghilangan perihal menghilangkan, penghapusan; penghilang yg atau utk menghilangkan: seteguk air ~ dahaga. | Kamus Dewan Edisi Keempat |