Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lau.tan] | لاءوتن

Definisi : 1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lautan

Puisi
 

Cina melompat lautan api,
     Merebut gemala di mulut naga;
Asal mendapat kehendak hati,
     Mahal murah dibayar harga.


Lihat selanjutnya...(47)
Peribahasa

Lautan dapat diduga,
     hati manusia siapakah cakap (= dapat) menduganya.

Bermaksud :

Hati manusia tiada siapa yang mengetahuinya.

 

Lihat selanjutnya...(18)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lautan1. laut yg besar (luas): tidurlah jangan ingatkan orang yg jauh di seberang ~; L~Teduh lautan di antara Amerika dgn Asia dan Australia, Lautan Pasifik; 2. kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api; ~ air mata; ~ padi kawasan padi yg luas;Kamus Dewan Edisi Keempat
albatrossj burung laut drpd genus Dionedea dan Phobetria yg berwarna putih, besar dan bersayap panjang yg banyak terdapat di per­sisiran pantai Lautan Atlantik dan Lautan Pasifik.Kamus Dewan Edisi Keempat
lautan1 laut yg besar: ~ Pasifik. 2 kumpulan sesuatu yg sangat banyak: ~ api.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lautan padikawasan padi yg luas;Kamus Dewan Edisi Keempat
lautan1. laut yg besar: ~ Pasifik. 2. kumpulan sesuatu yg banyak:~ api.Kamus Pelajar
harung; mengharung 1 berjalan ke seberang (sungai dsb); berjalan dlm air (anak sungai, semak dll); meranduk: Utk sampai ke tempat itu, mereka terpaksa ~ anak sungai dan bencah. 2 belayar (di lautan dll); menempuh (lautan): Setelah tujuh hari tujuh malam ~ ombak dan ge­lombang, akhirnya mereka pun terdampar di sebuah pulau. mengharungi 1 berjalan menyeberangi anak sungai, belukar dll: Kerana tidak ada titian, mereka terpaksa ~ anak sungai itu. 2 belayar melalui laut atau sungai dgn kapal, perahu dll; melayari: Dgn kapal itu, dia telah berjaya ~ Lautan Pasifik. 3 ki melalui (mengalami, menghadapi) sesuatu kesukaran, kepahitan dsb: Dia tetap tabah dlm ~ hidup yg penuh cabaran ini. harungan 1 bahagian sungai dll yg tidak dalam; tempat orang mengharung. 2 laut yg dpt dilalui kapal. pengharungan perbuatan mengharung atau mengharungi.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengharungi1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
mengharung, mengharungi 1. ber­­jalan menyeberangi air (semak, sungai, dll), meranduk: takut ~ air yg deras; budak itu sedang ~ sungai; ~ belukar berjalan melalui belukar; 2. menempuh, melayari (lautan dll): sedang kami ~ lautan India, angin turun dgn hebatnya; kegagahan wau ~ angkasa; 3. ki menghadapi (mengalami) kesusahan (kesukaran dsb): kejayaan dicapai setelah ~ berbagai-bagai kesulitan;Kamus Dewan Edisi Keempat
arus lautanarus yg bergerak di kawasan lautan;Kamus Dewan Edisi Keempat
selebu; laut ~ lautan lepas (besar); ombak ~ ombak yg besar (di lautan besar).Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas