Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (lébar) 1. lapang (kawasan dll), luas, tidak sempit: Jawa Tengah tidak se~ Jawa Barat dan Jawa Timur; 2. lintang (lwn panjang) pd sesuatu kawasan: ~ tanah ini kira-kira dua puluh meter; ia tersenyum ~; ~ mulut (orang yg) banyak cakap; melebar menjadi (lebih) lebar: senyuman Datuk Ujang yg sudah tumpas tadi ~ semula; melebarkan membuat jadi lebar, melapang­kan, meluaskan: mereka datang hendak ~ tanah jajahan mereka; ~ jalan-jalan yg sempit; memperlebar menjadikan lebih lebar; kelebaran keadaan lebar; pelebaran perihal atau perbuatan melebar­kan, peluasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunyi spt bunyi orang terjun ke dlm air, cebur; ~-lebu bunyi spt bunyi denyutan jan­tung yg kencang (kerana terperanjat dll), berdebar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /lébar/ 1 tidak sempit; luas (bkn kawasan); lapang: Jalan di sana ~-~ belaka. 2 lintang sesuatu bidang (lw panjang): ~ kawasan itu ialah 10 meter dan panjangnya 30 meter. melebar menjadi lebar: Senyumnya makin ~ sewaktu melihat telatah anaknya. melebarkan menjadikan lebar; membesarkan; meluaskan: Pekerja-pekerja sedang ~ jalan. memperlebar menjadikan lebih lebar: Kerja-kerja ~ jalan raya itu dilakukan pd waktu malam. pelebaran perbuatan, hal dsb melebar atau melebarkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lebar
Rujuk :lapang

Puisi
 

Tanam tebu beruas-ruas,
     Tanam dari tepi telaga;
Lautan lebar bukankah luas,
     Kenapa kapal selalu berlaga?


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Menghubung hendak panjang,
     menyebar hendak lebar.

Bermaksud :

Perkahwinan yang akan menambahkan keluarga di kedua belah pihak.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
langah; melangahkan membuka lebar-lebar atau luas-luas, mengangakan (mulut dll); terlangah terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbelangah, ternganga: ternganga bagai gua ~.Kamus Dewan Edisi Keempat
belalak; membelalak, = terbelalak terbuka lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan. membelalakkan membuka (mata) lebar-lebar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
beliak; membeliakkan membuka (mata) lebar-lebar atau luas-luas: Guru memarahi murid itu sambil ~ matanya. terbeliak terbuka luas-luas atau lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
belalakmembelalak, = terbelalak terbuka lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan. membelalakkan membuka (mata) lebar-lebar.Kamus Pelajar
beliakmembeliakkan membuka (mata) lebar-lebar atau luas-luas: Guru memarahi murid itu sambil ~ matanya. terbeliak terbuka luas-luas atau lebar-lebar (ttg mata): Matanya ~ kehairanan.Kamus Pelajar
ngangaterbuka luas-luas (mulut dll); menganga 1. membuka mulut (lebar-lebar); 2. ki tidak dapat lagi (apa yg dihajatkan dll), melepas: kalau saya bertanya, awak kata nanti, apabila diambil orang kelak baru awak ~; mengangai membuka mulut terhadap (kpd); mengangakan membuka mulut lebar-lebar (luas-luas): maka dingangakannya oleh Merah Silu mulutnya, maka diludahi Rasul Allah; ternganga 1. terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas: maka mulutnya yg ~ itu pun terkatuplah; ia memandang pintu yg ~ lebar; 2. ki (hairan) tercengang: ia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
ternganga1. terbuka lebar-lebar (mulut dll), terbuka luas: maka mulutnya yg ~ itu pun terkatuplah; ia memandang pintu yg ~ lebar; 2. ki (hairan) tercengang: ia ~ mendengar ayahnya hendak berkahwin lagi.Kamus Dewan Edisi Keempat
menghamparkan1 membuka sesuatu yg bergulung atau yg berlipat lebar-lebar; membentangkan: ~ tikar. 2 menerangkan sesuatu dgn panjang lebar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terpampangterbuka lebar-lebar; kelihatan jelas terbentang: Di belakangnya ~ bendera Malaysia.Kamus Pelajar Edisi Kedua
terjegilterbuka lebar-lebar (bkn mata); terbeliak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas