legenda | /légénda/ cerita (yg tidak dpt dipastikan benar tidaknya) yg bersangkutan dgn kisah-kisah bersejarah. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
legenda | (légénda) 1. cerita dongeng yg bersangkutan dgn kisah-kisah yg bersejarah; 2. petunjuk atau kata-kata keterangan tentang sesuatu (spt peta, carta, ilustrasi, dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kabuki | (Jepun) drama tradisional Jepun yg berdasarkan legenda popular dan semua wataknya dimainkan oleh pelakon lelaki. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mewajahi | memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
fabel | 1. cerita pendek yg bertujuan utk menyampaikan pengajaran moral, biasanya berwatakkan binatang; 2. cerita atau legenda tentang watak atau peristiwa sakti atau mitos. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
epik | (épik) 1. puisi (sajak) panjang yg menceritakan bakti seseorang pahlawan (biasanya pahlawan dlm sejarah atau legenda); 2. karya sastera, filem, dll yg menjadikan bakti kepahlawanan sbg perkara sesebuah epik: ia telah berjaya menarik perhatian kita utk melihat Hikayat Hang Tuah sbg sebuah ~ kebangsaan yg tinggi nilainya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesusasteraan rakyat | sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
wajah | air muka; muka; paras: ~nya berseri-seri. berwajah 1 mempunyai atau menampakkan wajah (paras rupa, air muka dsb): ~ ceria. 2 mempunyai atau menampakkan keadaan luaran atau pemandangan sesuatu: Buku lama ~ baru. berwajahkah menggunakan atau mempunyai sesuatu sbg wajah: “Apakah benar kalian berani kerana benar?” tanya ketua makhluk ~ semut itu. mewajahi memberikan rupa atau keadaan luaran kpd: Pemandangan alam semula jadi yg indah ~ pulau legenda itu. perwajahan perihal atau proses menjadikan sesuatu berwajah: ~ yg menarik telah dirancang utk iklan bagi menarik pelancong. pewajahan perihal atau perbuatan memberikan wajah kpd sesuatu; proses mewajahi sesuatu: ~ merupakan salah satu usaha penting dlm mereka bentuk kulit majalah tsb. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
imej | (iméj) 1. gambaran, cerminan, bayangan; ~ pendam imej yg telah di tangkap di atas filem atau kertas foto tetapi belum diproses dan tidak dapat dilihat; 2. keperibadian atau watak seseorang atau sesuatu sebagaimana yg terpapar pd pandangan atau tanggapan orang atau pihak lain: ~ negara kita sbg negara Islam amatlah baik dlm dunia Islam; ~ sesebuah kedai diukur berdasarkan reka bentuk luaran dan dalaman kedai; 3. gambaran mental atau asosiasi idea yg timbul dlm karya sastera terutamanya dlm puisi: Kassim Ahmad berjaya menggunakan mitos dan legenda Melayu sbg ~ di dlm sajak-sajaknya; imejan (Sas) penggunaan beberapa imej yg terhimpun dlm sesebuah karya sastera, penggunaan kiasan dlm tulisan; pengimejan proses membentuk atau menghasilkan imej (spt gambar dsb): ini dimungkinkan oleh sistem ~ elektronik yg canggih di atas teleskop tersebut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kesusasteraan | hasil seni (karya tulisan) dlm bentuk prosa atau puisi yg mempunyai ciri-ciri keistimewa-an yg tertentu; ahli ~ (orang yg) pakar dlm hal kesusasteraan; seni ~ seni karang-mengarang (prosa, puisi, dll); 3. ark kitab suci Hindu; 4. sl kitab ilmu pengetahuan pustaka, kitab yg mengandungi ramalan (perhitungan dll); 5. sl tulisan, huruf; ~ bandingan kajian dan huraian tentang pertalian antara pelbagai sastera dr berbagai-bagai negara dan bangsa; ~ hiburan bentuk sastera yg bertujuan memberikan keseronokan atau hiburan, mis yg bertemakan percintaan dsb; ~ lisan sastera rakyat; ~ rakyat sastera yg berkembang di kalangan rakyat dan disebarkan melalui pertuturan drpd satu generasi kpd satu generasi yg lain, mis mitos, legenda dan mantera. | Kamus Dewan Edisi Keempat |