Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[le.kas] | لکس

Definisi : tidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[le.kas] | لکس

Definisi : dlm waktu yg singkat; cepat; segera: ~ pulang kerana hari sudah senja. melekaskan membuat sesuatu supaya lekas; menyegerakan: Utk ~ kerja itu, ia mengambil seorang jurutaip lagi. memperlekas menjadikan lebih lekas. pelekas orang yg lekas (marah, merajuk dll). selekas; ~ mungkin, = selekas-lekasnya paling lekas; secepat mungkin. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lekas
Rujuk :pantas

Puisi
 

Hari-hari turun ke gua,
     Sarat membawa buah-buahan;
Hari-hari mintakan doa,
     Lekas bertemu mudah-mudahan.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Kalau boros lekas kerugian.

Bermaksud :

Pendapatan yang sedikit kalau diboroskan tentulah menyusahkan akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(20)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
segeratidak berlengah-lengah lagi, cepat, gesa-gesa, lekas-lekas: marilah kita pergi ~; segera-segera sl segera: pergilah engkau kembali ~ sampaikan kataku ini; bersegera cepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian; bersegera-segera sl bersegera; menyegerakan 1. melekaskan, mencepat-kan: Tunku meminta Britain menambah bantuan dan ~ pengirimannya; 2. menggesa (meminta) supaya lekas-lekas: maka Ben-dahara dan Seri Nara Diraja ~ orang mem-buat istana; kesegeraan keadaan segera: ~ usaha di peringkat persekutuan utk melaksanakan perubahan; penyegeraan perihal (proses, perbuatan atau tindakan) menyegerakan: kajian itu mengaitkan vitamin C dgn ~ pemulihan serangan sakit jantung.Kamus Dewan Edisi Keempat
gopohcepat-cepat, lekas-lekas (mengerjakan sesuatu); ~-gapah = ~-gapik = ~-mamang = gapah-~ = gopoh-gopoh; gopoh-gopoh tergesa-gesa, terburu-buru, lekas-lekas (dgn tidak cermat) membuat sesuatu: Dolah mengenakan pakaiannya dgn ~ dan kemudian berlari meninggalkan bilik itu; bergopoh-gopoh, bergopoh-gapah, tergopoh-gopoh, tergopoh-gapah gopoh-gapah: dgn tergopoh-gopoh, dia melompat ke bawah, kemudian berkejar ke arah Zaini; kegopohan perihal terburu-buru (tergesa-gesa).Kamus Dewan Edisi Keempat
lekastidak lambat atau lengah, cepat, segera: ~ benar hari malam rasanya, kerja awak sedang terbengkalai; selekas; ~ mungkin = selekas-lekasnya paling lekas, paling awal, secepat-cepatnya; lekas-lekas dgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka; berlekas-lekas sentiasa mahu lekas, ter­gesa-gesa, terburu-buru; melekaskan membuat sesuatu supaya lekas, mencepatkan, menyegerakan: ~ kerja yg baik supaya tidak ditimpa yg buruk; memperlekas membuat sesuatu supaya lebih lekas, mempercepat; pelekas (orang) yg lekas (marah dll): orang yg ~ marah itu lekas sekali memaafkan dan lekas pula menyesal.Kamus Dewan Edisi Keempat
lekas-lekasdgn lekas (sekali), cepat-cepat: ~ Mamat pergi menuju ke sungai; aku ~ keluar dan bersalam dgn mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
bersegeracepat-cepat, lekas-lekas, tergesa-gesa: kami pun ~ menukar pakaian;Kamus Dewan Edisi Keempat
perolokKd makan lekas-lekas, memolok.Kamus Dewan Edisi Keempat
mengonyah-anyihtidak lekas-lekas membuat kerja, malu-malu, segan-segan.Kamus Dewan Edisi Keempat
tergocoh-gocohmelakukan sesuatu lekas-lekas; tergesa-gesa; tergopoh-gopoh: Baharin pergi ke bilik air dgn ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mengumpak-umpakmenyuruh mengerjakan sesuatu lekas-lekas, menggesa-gesa(kan).Kamus Dewan Edisi Keempat
celapak IIKd cepat-cepat, lekas-lekas, (dgn) segera: penyamun-penyamun itu ~ masuk ke rumah Pak Ali.Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas