lelongan | barang dsb yg dilelong; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
membida | menyebut atau menawarkan harga tertentu utk sesuatu barangan: Dia ~ barang lelongan itu pd harga yg sangat tinggi. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bida | tawaran sejumlah bayaran atau harga tertentu oleh bakal pembeli bagi sesuatu yg dijual, spt dlm jualan lelong: Harga yg dibayarnya melebihi dua ~ drpd harga pasaran sebelumnya. membida menyebut atau menawarkan harga tertentu utk sesuatu barangan: Dia ~ barang lelongan itu pd harga yg sangat tinggi. pembidaan perbuatan atau hal membida. pembida orang yg membida. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lelong | (lélong) penjualan di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan oleh pembeli-pembelinya): kelulusan permohonan tanah yg di dlm bandar dibuat secara ~; tangkap ~ membeli barang yg dilelong; tukang ~ orang yg melelong barang-barang, penjual barang-barang lelong; melelong 1. menjual barang-barang di hadapan khalayak ramai (dgn harga beratas-atasan): apakala penggadai tidak dapat membayar, tanah itu harus dilelong; 2. sl membeli atau memborong barang-barang lelong; melelongkan, memperlelongkan 1. menjual barang dgn dilelong: pemungut hasil tanah boleh ~ tanah itu kalau hasilnya tidak dibayar dlm tempoh yg tertentu; 2. memborong kerja (membekali makanan ke asrama, membuat bangunan, dll); terlelong telah dilelong, kena lelong: sekiranya kebun ini ~, rumah kita akan ~ sama; lelongan barang dsb yg dilelong; pelelongan perihal melelong, penjualan lelong: baru sebentar ini dia pergi mengurus ~ barang-barang kami; pelelong orang (syarikat dsb) yg melelong atau melelongkan sesuatu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |