Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1. sj senjata bermata besi yg boleh diradakkan atau dibalingkan (lebih kecil drpd tombak); 2. sj seligi yg digunakan dlm per­mainan sukan; menohokkan ~ ke semak prb melakukan perbuatan yg sia-sia; tercacak bagai ~ ter­gadai prb tertegun kehairanan; melembing meradak (menikam, menohok, membaling) dgn lembing. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bing] | لمبيڠ

Definisi : 1 senjata bermata besi yg diradakkan atau dibalingkan (rupanya spt tombak tetapi kecil sedikit). 2 seligi drpd besi dll yg digunakan dlm permainan olahraga: pertandingan melontar ~. melembing meradak (menikam, melempar) dgn lembing. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembing

Puisi
 

Kalau berperang di dalam kubu,
     Tombak lembing buat perisai;
Kalau hilang ayah ibuku,
     Seperti karang bunga berderai.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Keris pedang (= lembing) tiada tajam,
     lebih tajam mulut manusia.

Bermaksud :

Kata-kata lebih tajam daripada senjata.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tujah; menujah menusuk dgn benda tajam spt lembing, tombak; me­no­­hok; meradak. menujahkan men­cucukkan sesuatu (lembing dsb); me­nusukkan; meradakkan. tertujah telah ditusuk dgn benda tajam spt lembing, tombak; ditujah dgn tidak sengaja: Jarinya ~ duri. tujahan tusuk­an dgn benda tajam spt lembing, tom­bak.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lempar/lémpar/; ~ cakera (lembing dsb) pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga. melempar 1 membaling atau melontar jauh-jauh: Dlm pertandingan lempar cakera, dia berjaya ~ sejauh 30 meter. 2 membalingkan sesuatu pd; membaling; melontar: Mereka ~ buah mangga dgn kayu. melempari melempar berkali-kali; melontari. melemparkan 1 menggunakan sesuatu utk melempar; melontarkan; membalingkan; mencampakkan: Isterinya selalu ~ pinggan mangkuk apabila meradang. 2 mengeluarkan tuduhan (kritik, kemarahan dll): Surat khabar itu ~ tuduhan yg bukan-bukan terhadap dirinya. 3 menghalakan atau menghadapkan (pandangan dll): Amilah ~ pandangannya ke arah Selat Teberau. lemparan hasil drpd melempar; lontaran. pelempar 1 orang yg melempar: ~ lembing. 2 alat yg digunakan utk melempar. 3 sesuatu yg dilemparkan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lontar I; ~ lembing (cakera dll) (Suk) per­tandingan melemparkan lembing (cakera dll); berlontaran berlempar-lemparan; melontar melempar, membaling: ia ~ lembu itu; ~ jamrah melontar batu di Mina (satu kewajiban dlm mengerjakan haji); melontari melontar berkali-kali atau dgn banyaknya; melontarkan menggunakan sesuatu untuk melontar, melemparkan: ia ~ puntung rokok­nya ke tanah; lontaran hasil perbuatan melontar: ~ panah; pelontaran perihal (perbuatan dsb) melontar; pelontar 1. alat dll utk melontar: batunya ada besar dan kecil, yg kecil ~ balam; 2. orang yg melontar, pembaling, pelempar: ~ lembing; sepelontar, sepelontaran sejauh yg dapat dilontarkan.Kamus Dewan Edisi Keempat
lontar lembing (cakera dsb)pertandingan melemparkan lembing (cakera dsb) dlm olahraga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lempar cakera (lembing dsb)pertandingan melontarkan cakera (lembing dsb) dlm olahraga.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lontar lembing (cakera dll)(Suk) per­tandingan melemparkan lembing (cakera dll);Kamus Dewan Edisi Keempat
lontar I; ~ lembing (cakera dsb) pertandingan melemparkan lembing (cakera dsb) dlm olahraga. melontar 1 membuang jauh-jauh atau tinggi-tinggi; melempar; membaling. ~ jamrah salah satu drpd wajib haji yg dilakukan dgn melemparkan anak-anak batu di tempat-tempat tertentu di Mina. 2 melemparkan sesuatu pd; melempar: Dia ~ pencuri itu dgn kayu. melontari melontar berkali-kali; melempari. melontarkan menggunakan sesuatu utk dilemparkan; melemparkan; membalingkan. lontaran lemparan ketika melontar: ~nya mengenai sasaran. pelontar 1 alat dll utk melontar. 2 orang yg melontar.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perejamorang yg melakukan rejaman lembing, tombak dsb: Dia menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
perejamorang yg melakukan rejaman (lembing, tombak dsb): dia menjadi ~ lembing pertama yg mengekalkan kejuaraan dlm sukan Olimpik.Kamus Dewan Edisi Keempat
merejamkanmembaling atau melemparkan sesuatu (lembing dsb) supaya mengenai sasaran: Dia ~ lembing ke dada pengkhianat itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas