Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj binatang ternakan utk mendapatkan susu dan dagingnya, Bos longifrons, Bos brachyceros, dll; ~ daging lembu yg dipelihara utk (mendapat­kan) dagingnya; ~ dogol a) lembu yg tidak bertanduk; b) ki orang yg suka mengugut tetapi tidak melakukan apa-apa; ~ kasi a) lembu yg dikasi; b) orang yg berani dgn musuh kalau berjauhan; ~ kenyang Kl orang yg degil atau malas, orang yg berbuat tidak peduli; ~ kontan (Eko) perniagaan yg mendapat keuntungan besar secara berterusan atau selalu mengalami lebihan tunai; ~ pawah lembu yg hasil pemeliharaannya dibahagi dua antara tuan punya dgn orang yg mengusahakannya; ~ tenusu = ~ perahan lembu yg diternak terutamanya utk mendapatkan susunya; ~ dogol jangan dibalun prb orang yg tidak melawan jangan diusik-usik, jika melawan dia bersungguh-sungguh; ~ punya susu, sapi dapat nama prb orang lain yg membuat kebajikan orang lain yg mendapat kepujian; ~ tanduk panjang, tidak menanduk pun dikata orang menanduk juga prb orang yg sudah terkenal jahatnya; laksana ~ dogol, tak boleh ditanduk hanya disondol prb a) orang yg hanya suka menggertak tetapi tidak berbahaya; b) me­lawan dgn seberapa kuasanya dlm perkelahian; laksana ~ kasi prb badan sahaja yg besar tetapi hati penakut; menghela ~ dgn talinya, meng­hela manusia dgn akalnya prb manusia harus diperlakukan dgn lemah lembut; memperlembu ki memperlakukan spt lembu (terhadap seseorang), memandang spt lembu: kerana takut akan ugutan inilah orang-orang desa yg bodoh itu makin diperlembu oleh Tuan Kasim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : ; burung ~ sj burung, pucung, Ardea s. sumatrana; punai ~ sj burung, tekukur, tekukur api, Macropygia ruficeps malayana. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : sj ikan laut, buntal kotak, Ostracion spp.; lelembu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[lem.bu] | لمبو

Definisi : beberapa jenis binatang ternakan utk memperoleh susu atau dagingnya, Bos longifrons; Bos brachyceros; Bos indicus. ~ daging lembu yg dipelihara khusus utk memperoleh dagingnya. ~ susu (perahan) lembu yg dipelihara utk memperoleh susunya. memperlembu ki memperlakukan seseorang spt lembu; membodoh-bodohkan: Mereka sengaja mengambil kesempatan utk ~ kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata lembu

Puisi
 

Lembu siapa tambat di pantai,
     Punca tali di pokok asam;
Ilmu siapa adik pakai,
     Senyum sekali manis tang malam.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Kerbau (= lembu) tanduk panjang,
     tiada menanduk pun dikata orang menanduk juga.

Bermaksud :

Orang yang sudah terkenal kejahatannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai kerbau runcing tanduk).

 

Lihat selanjutnya...(14)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
sapi I1. sj binatang yg rupanya spt lembu dan berwarna hitam, Bos indicus; 2. Id lembu; lembu punya susu, ~ dapat nama = kerbau sakit, ~ beroleh nama prb orang lain yg ber-buat kebajikan orang lain pula yg mendapat pujian.Kamus Dewan Edisi Keempat
menggembalamenjaga, memelihara, me­mimpin: anak muda itu menolong bapanya ~ lembu-lembu peliharaan mereka;Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelarkanmembubuh sesuatu sbg tanda pd kulit haiwan dsb: Pekerja ~ tanda bintang pd lembu-lembu itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
tenusu1. tempat menyimpan susu dan mem­buat mentega (keju); 2. perusahaan menyim­pan susu dan membuat mentega; lembu ~ lembu yg diternak utk susunya; pentenusu pekerja tenusu.Kamus Dewan Edisi Keempat
meragut1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai­-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ragut; meragut 1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. Kalung emas yg dipakai­-nya telah diragut. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang. ~ nyawa menyebabkan mati dgn tiba-tiba: Kemalangan ngeri itu telah ~ nyawa pemandu tsb. peragut orang (penjahat) yg meragut dan melarikan sesuatu barang yg sedang dipakai atau dibawa oleh seseorang: Pelancong menjadi sasaran ~ bermotosikal.Kamus Pelajar Edisi Kedua
ragut; meragut1 menarik dgn paksa; menyentak; merenggut: Seorang pemuda telah ~ tas tangannya ketika ia sedang membeli-belah. ~ nyawa menyebabkan mati secara tiba-tiba. 2 memakan rumput hidup dll (bkn lembu, kambing dll): Lembu-lembu itu dibiarkan ~ rumput di padang.Kamus Pelajar
lenguh IIbunyi spt bunyi lembu. melenguh mengeluarkan bunyi lenguh (ttg lembu dll): Lembu ~ di padang.Kamus Pelajar Edisi Kedua
suku1. sl kaki; ~ lembu kaki lembu; 2. tiga bulan; 3. Kd, Pl seperempat ringgit (25 sen); 4. Id setengah rupiah; 5. = ~ emas sj wang emas yg digunakan juga sbg ukuran berat emas; 6. sebahagian drpd, bahagian; ~ kata satuan bunyi yg diucapkan sekali dlm sesuatu kata, bahagian kata; 7. satu drpd empat bahagian, seperempat (dlm matematik); 8. = suku-sakat; 9. Mn, NS golongan orang yg seke­turunan (drpd sebelah ibu), kaum keluarga yg seketurunan (drpd sebelah ibu): maka menyem­bahlah penghulu yg empat ~ serta lembaga yg dua belas ~; 10. = ~ bangsa golongan bangsa yg menjadi bahagian kpd bangsa yg besar: mereka ialah orang asli drpd Kacir dan ~ Shan; ~ Jawa; 11. Kl, Ph, Tr terpisah, berasingan; duduk ~ duduk berasingan (di rumah dll); ~ abad dua puluh lima tahun; ~ batu seper­empat batu yg bersamaan dgn 440 ela atau 402 meter; ~ jam lima belas minit; ~ kalimat bahagian drpd sesuatu kalimat; ~ tahun tiga bulan dlm setahun; ~ tak boleh dianjak, malu tak boleh diagih prb orang sesuku sehina semalu (hina seorang hina semuanya, malu seorang malu semua­nya); dekat mencari ~, jauh mencari hindu prb mencari pertalian keluarga, menyusur­galur; bersuku 1. sl berkaki; 2. mempunyai suku (bahagian-bahagiannya), berbahagian; 3. berkeluarga (berwaris), berkaum, masuk dlm salah satu suku; tidak ~ a) tidak termasuk dlm sesuatu suku; b) tidak tahu adat, biadab; bersuku-suku berkelompok (berkumpul dll) mengikut suku masing-masing, berke­lompok-kelompok, berpuak-puak: mereka hidup dgn ~ atau berpuak-puak; sukuan 1. (Mat) bahagian yg besarnya suku drpd bulatan; 2. menunjukkan atau meng­andungi unsur-unsur (ciri-ciri dsb) yg berkait­an dgn sesuatu suku bangsa, yg ada kaitan­nya atau hubungannya dgn sesuatu suku bangsa: bahasa ~; sastera ~; kesukuan perihal suku, bersifat suku: kadang­kala kita terbaca puji-pujian yg ditujukan khas kpd orang Bugis, sekali lagi menunjuk­kan sikap ~nya; persukuan perihal hidup bersuku-suku, berpuak-puak menurut suku, adat bersuku­suku: akan ditegakkan rumah utk isteri di atas tanah kepunyaan ~ sendiri; sepersukuan sama asal keturunannya, sama sukunya, seketurunan: yg seorang mengata­kan Leman adalah ~, yg lain mengatakan bertali darah.Kamus Dewan Edisi Keempat
kacukan1 sesuatu yg bercampur aduk; campuran: bahasa Melayu ~ bahasa Melayu yg bercampur dgn bahasa lain; bahasa Melayu pasar. 2 hasil drpd mengacukkan (haiwan atau tumbuh-tumbuhan): Lembu ~ antara lembu tempatan dgn lembu dr Australia banyak dipelihara di sini. orang ~ orang yg ibu dan bapanya berlainan bangsa.Kamus Pelajar Edisi Kedua
12345678910...

Kembali ke atas