lemah lembut | elok perangai, halus budi pekerti, baik hati; berlemah lembut bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelangit | langit-langit; ~ keras struktur tulang cekung yg membentuk bahagian atas mulut dan terletak di belakang batas gusi; ~ lembut selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras; berlelangit mempunyai lelangit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lelangit lembut | selaput lembut yg membentuk bahagian atas mulut di belakang lelangit keras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
logam lembut | logam yg lembut (rapuh), spt aluminium. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
berlemah lembut | bersikap lemah lembut: Nabi Muhammad adalah seorang yg berhati mulia dan ~. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengeras | 1. menjadi keras (tidak lembut, tidak lemah lembut, dsb): lama-kelamaan kalsium karbonat yg di lapisan luar ~ dan membentuk batu kapur; sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap melembut dan ~; 2. tidak mahu bertolak ansur, berkeras; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lembut | 1. tidak keras, mudah dilentur, lemah, lembik, lunak: siput babi memakan bahagian tumbuh-tumbuhan yg ~ dan hijau; ~ gigi drpd lidah lemah lembut (merendahkan diri); 2. baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan: bangsa Melayu itu ~ perangai dan berbudi halus; 3. menarik, tidak kaku atau garang (bkn rupa seseorang), tidak keras atau terlalu terang (bkn warna): raut anak muda, berwajah ~ itu bukan baru sehari dua dia kenal; tujuh warna gincu bibir yg ~ dan mekar; 4; ~ lembai Kd lemah lembut (orang lelaki yg berjalan spt orang perempuan); berlembut berbuat lembut (kelakuan, perangai dll): ibu tirinya itu sebenarnya bukanlah ~ kepadanya; melembut menjadi lembut (suara dll): sebentar kemudian terdengar suara orang bercakap ~ dan mengeras; melembutkan 1. menyebabkan jadi lembut, melembikkan, melunakkan: daun-daun itu direndamkan ke dlm air mendidih utk ~nya; 2. ki melemahkan (hati, dll), menyebabkan jadi lunak (perasaan, hati, dll): pujuk rayu Datuk Ujang tidak dapat ~ hatinya; kelembutan perihal lembut (benda, budi bahasa, dll): para pencipta perlu mempunyai ~ jiwa; pelembutan (Lin) perihal melembutkan perkataan (spt ke sungai kecil utk kencing dll); pelembut 1. orang yg sopan: perempuan tua yg sering dianggap ~ dan bersopan santun; 2. bahan (krim dsb) yg digunakan utk melembutkan sesuatu: ~ kulit. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
logam | barang galian yg keras spt emas, perak. ~ campur logam yg terdiri drpd beberapa jenis logam yg disebatikan. ~ lembut logam yg lembut (rapuh), spt aluminium. ~ putih logam campur yg sebahagian besarnya terdiri drpd timah atau timah hitam. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lunak | 1. lwn keras, empuk, lembut: buah ini isinya manis ~; binatang ~ binatang tidak bertulang belakang yg lembik badannya dan biasanya berkulit keras (spt siput, tiram, sotong, dll); 2. ki tidak keras (suara, bunyi, dll), lembut: ia menjawab dgn suara ~ memujuk; 3. tidak cepat marah, sabar, tenang: wanita itu sifatnya ~; 4. tidak keras (mempertahankan pendiriannya dll), tidak degil; ~ hati mahu menurut kata orang, tidak degil; ~ disudu, keras ditakik prb yg mahu menurut kata diperlakukan dgn lemah lembut, yg menentang digagahi; ~ gigi drpd lidah prb bersikap lemah lembut atau merendahkan diri; melunak menjadi lembut, (hati, sikap, dll): matanya yg garang menyala itu lambat-laun ~ kembali; melunaki bersikap lembut (sabar dsb) kpdseseorang, mengenakan kata-kata yg haluskpd seseorang, membujuki; melunakkan mengempukkan (makanan dll), melembutkan (hati, suara, dll): Sidik dgnsengaja ~ suaranya; memperlunak menjadikan lebih lunak: pemerintah Perancis masih saja tidak ~ sikapnya terhadap bangsa Arab; ~ hati ki melembutkan hati, meredakan (menenangkan) hati; kelunakan perihal lunak, kelembutan: ~ pendirian. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
silir I | angin yg lemah lembut; ~-semilir bertiup perlahan-lahan (angin dll); bersilir-silir bertiup perlahan-lahan, atau sepoi-sepoi bahasa (angin), silir-semilir; siliran tiupan angin yg lemah lembut; angin ~ angin yg lemah lembut. | Kamus Dewan Edisi Keempat |