lengkung-lengkung | bunyi dengkung yg bertalu-talu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lengkung II | bunyi spt bunyi benda keras dipalu, dengkung; lengkung-lengkung bunyi dengkung yg bertalu-talu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gergaji jig | gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semu-semu | lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
gergaji | alat drpd besi tipis yg bergerigi tajam dan digunakan utk memotong kayu dll. ~ balok gergaji besar yg ditarik oleh dua orang utk membuat papan. ~ belah gergaji yg bergigi serong dan digunakan utk memotong kayu mengikut hala urat kayu. ~ besi gergaji utk memotong besi. ~ jig gergaji utk memotong lengkung-lengkung dalam dan luar yg rumit (pd kayu, plastik dan keping-keping logam yg tipis). ~ kasar gergaji yg tebal bilahnya. ~ kerat gergaji utk memotong kayu melintang urat. ~ piring gergaji yg dpt digunakan utk melakukan bermacam-macam kerja spt membelah, mengerat lintang, membuat tingkat, melurah, mengerat rencong dsb. ~ pita gergaji yg mempunyai bilah yg panjang kecil dan dibuat drpd pita keluli yg dpt dilenturkan dan bergerigi di sepanjang sebelah tepinya. ~ seni gergaji yg berbilah tipis. ~ tangan gergaji kecil yg hanya dipegang dgn sebelah tangan apabila menggunakannya. menggergaji memotong dgn menggunakan gergaji. ~ racik menggergaji (memotong) sekeping kayu tebal utk dijadikan beberapa keping yg sama besar. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
semu | 1. bukan yg sebenarnya, tidak sesungguh-nya, pura-pura: keadilan yg hanya ~ sahaja; 2. = semu-semu lebih kurang, agak; ~ lengkung agak lengkung; 3. = ~ daya tipu daya, muslihat: baiklah kita cari jalan tipu ~ dan kita empat bersaudara ini kita berpecah; ~ Jawa, pujuk Melayu; menyemu, menyemui mengakali, menipu; menyemukan memperdayakan, mengenakan (tipu muslihat); tersemu terpedaya: terlalu cerdik segala orang Melaka ini, tiada ~ oleh kita; penyemu orang yg menyemu, penipu. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengekor lengkung(curve follower) | Peranti atau subrutin atur cara grafik yang berfungsi menyurih lengkung graf dengan mengekori perjalanan lengkung tersebut. | Kamus Komputer |
lengkung | kelok atau sesuatu yg berkelok bentuknya. melengkung berkelok spt selekoh; membengkok; garis ~. melengkungi melengkung pd sesuatu; melingkungi: Kawat berduri ~ kolam itu. melengkungkan melenturkan sesuatu supaya melengkung; mengelokkan: Ia ~ buluh itu utk dijadikan busur. lengkungan sesuatu yg bentuknya melengkung: ~ insang ikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
lengkung I | lengkok, kelok, berkelok atau berlengkok: ~ pintu gerbang itu diperbuat drpd buluh; melengkung, terlengkung berkelok spt bahagian drpd sesuatu bulatan, membengkok: misainya diputar-putarkan juga semakin tajam dan semakin ~ ke atas; melengkungi melingkungi, mengelilingi: balai itu dilengkungi oleh pagar dawai berduri; melengkungkan mengelokkan (garisan, dawai, dll), membengkokkan: siapa pula yg sanggup ~ batang besi yg sebesar itu; lengkungan 1. tempat (pd garisan, besi, dawai, dll) yg melengkung: ~ pelangi yg saya lihat itu pendek sahaja; ~ yg terdapat pd dawai itu tidak mudah diluruskan; 2. = pelengkung sesuatu (perhiasan, pintu gerbang, dll) yg bentuknya melengkung; kelengkungan keadaan melengkung; pelengkungan perihal (proses atau perbuatan) melengkung atau melengkungkan: proses pelenturan, ~ dan peretakan kerak bumi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
penjana lengkung(curve generator) | Peranti atau subrutin atur cara grafik yang digunakan untuk menjanakan lengkung. | Kamus Komputer |